Rabu, 22 Disember 2010

saki baki cuti akhir tahun...2010

hi! 17dis2010 lebih kurang pukul 10.30mlm aku sampai di rumah..di kampung halamanku...setelah mengabiskan masa berjam2 menunggu n mengawasi pelajar2 spm sMk sEliRik, akhirnya abis la masa n turn aku jaga exam...jemu betui duk tunggu depa....kalau duduk saja boleh tidoq...
hari ni dah 22dis..jd maknanya dah 5hari aku duk umah..
cuaca sangat sejuk di sini..tah turun brapa darjah..mcm air bukit pulak..namun aku takla sampai tak mandi..rasa ketaq mcm demam kogha..
aktiviti kampung aku...
budak2 kampung aku ni pandai cari duit sndiri tau walaupun baru sek rendah..ada sorg tu, cari anak katak jual kat kaki pancing 5ekor rm1..dlm 1mlm saja, dpt rm14 dah..pastu p tangkap ikan pulak..ikan haruan 1kilo rm10..byk gak depa dpt bila p tahan lukah..pastu dengan p mengail lg..ni la bestnya duk kampung..bagus ni, kecik2 lg blajaq cari duit bukan blajaq perabih duit..
dah maghrib la..adios!

Isnin, 16 Ogos 2010

7 SUNNAH NABI S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama, Tahajjud
karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat, jaga shalat Dhuha
karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.
Kelima, jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam, jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.

Dengan istighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, kata Arifin Ilham, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berdzikir pula, oleh karena itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
Dzikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan dzikir berbagai kejahatan seperti narkoba, KKN, dan lainnya dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat hewani yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Oleh : HM Arifin Ilham dari http://alhakim-bsd.com/islam/?p=27

Salawat Tafrijiyah (Salawat Nariyah)

Translation
O Allah! Bestow complete blessings and perfect peace on Sayyidina Muhammad and for his sake may all our difficulties be removed, all calamities and agonies prevented; all needs fulfilled; all our cherished desires obtained; and a felicitous end to earthly life attained (with Imaan); and (give us) rain-showering clouds through the generous countenance of the Prophet, and (bestow blessings and peace as well) on his family and companions in every moment and every breath, as many times as is in Your Knowledge (that is unlimited blessings).
Transliteration
Allahumma salli salaatan kaamilatan Wa sallim salaaman taamman ‘alaa Sayyidina Muhammad-I Nilladhee tanhallu bihi’l ‘uqad wa tanfariju bihi’l kurab Wa tuqdhaa bihi’l hawaaij wa tunaalu bihi’r-raghaaib Wa husnu’l khawaatim wa yustasqa’l ghamaamu biwaj’hihi’l kareem Wa ‘alaa aalihi wa sahbihee fee kulli lamhatin wa-nafas Bi ‘adadi kulli ma’loomin-lak
Benefits
If read 41 times after fajr prayer will be successful with all the intentions in their heart and Allah will eliminate all the bad and facilitate all of lifes affairs.
If read 313 times A miraculous thing will open or open secrets from the ghaib-unseen.
If read 4444 times will reach all his goals and the intention in this world and hereafter and open all doors of goodness To be read 4444 and dua made for ones intention for reading it.
If read 1000 times then for him (will obtain) what was not possible by human kind and will obtain what not had been seen by the eyes, nor had been heard by ears and not had crossed in the heart” of humankind.”
A saalik-(traveller on the spiritual path) is recommended to recite this salawat 4444 times in his lifetime


Sumber : http://higherstations.wordpress.com/2010/01/26/salawat-tafrijiyah-salawat-nariyah/

Sabtu, 7 Ogos 2010

ilmu pertolongan cemas

Melecur
Tercedera akibat tumpahan air panas atau sebarang benda yang panas selalunya akan membentuk bengkak atau gelembung air. Jangan dipecahkan tetapi tekap dengan ais atau air sejuk dalam jangkamasa setengah jam pertama untuk kurangkan bengkak dan kemerahan. Meletakkan ubat gigi tidak digalakkan kerana dikhuatiri ada jangkitan kuman.
Benda masuk mata
Mata hendaklah dibasuh melalui air mengalir atau di dalam baldi berisi air, kedipkan mata. Jangan ditiup kerana dikhuatiri akan menyebarkan kuman pada mata.
Renjatan elektrik
Mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak boleh disentuh ketika mangsa masih bersambung pada aliran elektrik. Pisahkan mangsa dengan menggunakan sebarang penebat seperti getah atau kayu. Jika mangsa mengalami jantung terhenti beri bantuan CPR.
Tercekik
Jika pasti seseorang mengalami tanda tercekik, cuba menyuruh mangsa batuk untuk keluarkan objek tersebut dan jika gagal lakukan prosedur Heimlich. Genggam sebelah tangan, lilit keliling pinggang mangsa dari belakang dan pegang dengan tangan sebelah lagi. Kedudukan genggaman tangan di bawah tulang rusuk dada. Tekan dengan sentapan untuk guna tekanan udara tolak objek tersekat keluar. Keluarkan objek punca tercekik dan dapatkan rawatan. Mengorek objek yang tersekat akan dikhuatiri menolaknya lebih jauh ke dalam.
Luka
Luka akan menyebabkan pendarahan berlaku. Tekan titik tekanan darah paling hampir untuk kurangkan aliran darah ke tempat luka jika pendarahan teruk berlaku. Gunakan kain yang bersih dan tekankan pada kawasan luka.
Lemas
Mangsa yang lemas perlu diletakkan secara meniarap, kepala ke sisi (kiri atau kanan). Tolak bahagian belakang pinggang ke atas sehingga air dikeluarkan. Jika tiada nadi lakukan CPR setelah pasti air telah dikeluarkan.

Sumber : http://cikgukhairiza.blogspot.com/2009/07/ilmu-pertolongan-cemas.html

Khamis, 5 Ogos 2010

Isnin, 2 Ogos 2010

Kesilapan Di Bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sumber : dipetik dari http://mr-tazkirah.blogspot.com/2008/09/kesilapan-di-bulan-ramadhan.html

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Solat

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam raɶmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Sumber : dipetik dari http://mr-tazkirah.blogspot.com/2009/01/hukum-mengumpulkan-dua-waktu-solat.html

Percutian di Bintulu...

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, kami berada di sini selama 4hari dengan selamat..syukur juga kerana kepenatan aku akhirnya lenyap lepas gi jalan2 tgk Bintulu dgn geng pertandingan lalulintas shell ni..segala puji-pujian hanya utkMu ya Allah, kerana tahun ke2 penglibatan aku dlm arena pertandingan lalulintas shell ni, telah memberi info dan pengalaman baru buat bekalan utk santapan pelajar2ku pada tahun2 akan datang..semoga kejayaan akhirnya akan menjadi milik kami dan kekalahan akan sentiasa mematangkan kami..amin.

Taman Lalulintas (tempat bertanding), Dewan Suarah (tempat majlis penutup), Perpustakaan (tempat pidato n interaktif komputer), Taman Tumbina (zoo yang berbukit2), Pantai Jalan Batu (pantai yang panjang..kami naik bas utk tgk pemandangan), Shopping Kompleks, Pasar Malam..itu je tempat yang kami sempat singgah..xpe la, janji boleh realese tension...

Jumaat, 30 Julai 2010

olahraga mini sek aku

lupa lak nak beritahu, rabu n khamis (28&29 julai 2010) yg lepas, sek kami adakan sukan olahraga antara rumah..kali ni tugas aku, ajk hadiah..alhamdulillah, xda la penat sgt kalau nak dibandingkan tugas di padang..sian kwn2 aku, abih gelap kulit kena sunburn wp hanya 2hari..penat tu tak penat, sakit urat kaki, ada la..sbb duk 'kerabat' (pinjam bahasa mak tih aku) tgga stadium tah brapa kali..nak ambik gambar, charger kamera taertinggal di kg lak..tggu raya ni pulak la aku balik ambik...

Bintulu...

Hari ni, jumaat hari cuti peristiwa bg sek kami tp aku, ustaz n 17org pelajar lain berangkat ke bintulu seawal pukul 6.40pg td..bangun punya la awal..pukul 2pg dah tak lena tido dah..tido bangun, tido bangun...sebenarnya, sejak musim hoki bola jaring tu lagi aku terletih dgn aktiviti sekolah..seminggu sebelum tu, jd jurulatih..aktiviti2 tu direct xhenti2 sampai la mggu ni..dr suka dah jadi lelah dah aku...letih nak lembik pun ada...tu crita keletihan aku la..
crita bintulunya, aku jd guru pengiring utk pertandingan lalulintas shell..alhamdulillah, kali ni diorg wakil bahagian kapit utk sek men..harap2 menang la..nanti leh free2 p terengganu pulak..amin...

Rabu, 21 Julai 2010

nAnaNanAna....sekolah kiter....

mggu ni masuk la mggu yg ke3 aku sibuk pg ptg di sekolah...aku tak rasa ia bebanan tugas..malah, aku bersyukur sbb diberi kepercayaan utk selesaikan tugas2 penting walaupun agak penat..biar penat asal bermanfaat...kalau tak salah, mggu dpn, lepas habis je bulan julai n masuk bulan ogos, aku mula akan free semula..takper, aku suka pa dapat ilmu n pengalaman byk2..kalau pindah gi semenanjung nt, belum tentu boleh dpt rehat yg byk..entah2, lg byk keje nak buat....at least, bila dah biasa buat keje, aku tahu la nak merancang utk mudahkan keje aku nanti..ye tak..ok lah, sampai di sini dulu coretan aku utk hari ini..masih byk tugas yg perlu aku selesaikan..adios!

Ahad, 18 Julai 2010

Makanan yang baik untuk atlet jalan kaki 3000m atlet lain


Ini adalah apa yang aku dapat dari bacaan di blog2 sukan..Pola hidangan untuk atlet sebelum pertandingan adalah seperti berikut :

• 3 – 4 jam sebelum bertanding, makanan seimbang yang rutin, seperti nasi dengan lauk pauk.

• 2 – 3 jam sebelum bertanding sebaiknya dalam bentuk makanan kecil, misalnya roti (kurang dari 500 kalori).

• 1 – 2 jam sebelum bertanding, minuman berkhasiat seperti jus buah (alternatif lain, buah pisang) diberikan kepada atlet.

• 30 – 60 minit sebelum bertanding, atlet hanya boleh minum air kosong sahaja. Jangan minum air gula yang sangat manis. Dibimbangi akan mendapat gejala seperti pening,muntah dan pengsan ketika bertanding. Kalau nak jugak, bancuh air gula dgn nisbah 200ml air : 1 sudu teh gula sahaja.
Badan kita mampu bertahan selama 3hari tanpa makanan. Namun, kita cuma mampu bertahan 1hari tanpa air. Oleh itu, minum air sebaiknya dilakukan secara teratur setiap 10 – 15 minit sebanyak 150 – 250ml air 10 C. Jangan tunggu haus baru nak minum sebab bila kita bersukan, air peluh yang keluar adalah sangat banyak dan apabila kita terasa haus, sebenarnya badan kita telah terhidrasi iaitu kehilangan air. Pernah juga berlaku, akibat kekurangan air, seorang atlet meninggal dunia setelah keletihan.
Tenaga adalah perkara paling penting untuk seseorang atlet menjaga reputasinya atau untuk memecah rekod. Seseorang atlet perlulah berusaha untuk menseimbangkan kadar fisiologi tubuhnya pada setiap hari untuk mendapatkan tenaga yang cukup. Jadi, makanan penyumbang tenaga seperti karbohidrat kompleks (roti gandum, serat, pasta, nasi, jagung, ubi kentang dan kacang hijau) sangat penting untuk tubuh badan kita. Manakala, sumber karbohidrat sederhana (minuman berglukosa, sukrosa atau fruktosa) pula diambil untuk mendapat tenaga segera semasa hari pertandingan.
Selain itu, nutrien yang cukup setiap hari yang diperlukan ialah makanan dari sumber protein ( telur, susu, keju, daging, ikan serta berbagai jenis kacang), vitamin (vitamin A, B6 ,B12, iaitu dari sumber susu, keju, ikan dan telur serta vitamin c dan E iaitu buah-buahan, minyak zaitun atau minyak kelapa) dan mineral (natrium, kalium, klorida, kalsium dan zat besi iaitu daging, ikan, roti, buah-buahan serta sayuran) diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan memulihkan tisu2 yang rosak. Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna cerah juga sangat penting kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi.



Sabtu, 17 Julai 2010

j00mA'at

minggu ni tiap2 pagi aku kuar awal sampai la hari jumaat...sabtu kuar awal lg..ahad je kot boleh rest..nak puasa.. apa yg menarik, mggu ni byk ilmu n pengalaman aku dpt wp agak letih n kalut sampai tak sempat nak masak nasi mkn tghari... ok aku imbas kembali ye..isnin, latihan bola jaring (7.30-9.30pg)..selasa-khamis, pertandingan bola jaring n hoki perempuan, pegawai teknikal, jurulatih bola jaring n hoki perempuan (6.20-10.30pg)..Rabu, siapkan banner utk perasmian bulan membaca(time xda klass)..khamis, taklimat rumah sukan ( mula pukul 11.50pg, so kena dtg awal ke sekolah).. jumaat, hakim pertandingan bercerita (8-10.30pg) siap bagi ulasan utk semua peserta lg..pastu balik, siapkan rph sbb kena hantar hari ni (hahahaha..mmg slalu mcm ni pun..ok aku akan cuba buang tabiat ni)..tgh2 buat, boleh pulak terlelap hampir 1jam, nasib tak lajak sampai pukul 2@3..lega sikit rasa badan aku bila dpt tido 1jam tu..tp, kalut la siap2 takut lewat gi sekolah..di sekolah, aku dpt jadual baru....mggu depan, naik pangkat jd jurulatih olahraga utk jalan kaki 1500m n 3000m lelaki n perempuan..bestnya.....penat ke baca? adios!

Khamis, 15 Julai 2010

Team aku...

hari ini, dah habis kejohanan bola jaring di sekolah aku...team aku B1 menang 2kali, kalah 2kali menjadikan diorang team yang keempat. Walaupun aku tak ada asas dlm bola jaring, tp lepas jadi coach diorng selama 1-2 mggu ni, buat aku mencari2 ilmu utk pelajar2 kesayangan aku ni..2D mmg ada bakat..sayangnya, kombinasi dgn 1c agak lemah..namun, 1c tetap ada minat yg perlu aku ambil kira..ini sajalah yg terbaik dapat cikgu beri utk kamu semua n cikgu maafkan semua kesalahan kamu..semoga kamu cemerlang dlm arena ini n terbaik dlm sahsiah diri..maksud cikgu, disiplin n tahu hormat org lain wp mgkin 1hari nanti kamu akan jadi atlit kebangsaan..insyaAllah..cikgu doakan kamu selalu..asalkan ada kesungguhan pasti berjaya..

okeh, aku kena siap awal hari ni ada perjumpaan rumah sukan pulak..lepas ni, berolahraga la pulak...adios!

Isnin, 12 Julai 2010

b0la sepak b0la jaring....

tahun ni, sekolah aku adakan acara pertandingan bola jaring n hoki antara kelas.. hoki lelaki, alhamdulillah dah selesai..hoki perempuan n bola jaring start esok..kuar kul 6.20pagi la aku esok..kena jadi jurulatih hoki n bola jaring pastu jadi pegawai teknikal bola jaring gak..aku sonok sebenarnya sekolah bagi aku byk tugas.. tak la boring kat sini.. cuma jadi kalut sikit bila jadual perlawanan dekat n jurulatih wajib bersama pemain sebelum n semasa perlawanan...
huh, rumah sukan dengan nama planet.. aku rumah neptun.. hehehe dulu tgk cikgu aku ja conduct kami time sukan.. skrg, time aku lak..best jugak..nak latih apa pun tak tau..hahaha kita tgk ja nanti...
bulan julai ni bulan membaca...aku ajk banner ja.. beres dgn ketua sebaik azhar...
sebelum ni, aku kurangkan kebosanan dgn buat kelas tambahan hujung mggu ja..skrg, rasa letih lak bila mlm takleh tido memikirkan strategi main bola jaring n sibuk2 search dlm internet..apa pun yang berlaku, aku rasa seronok sangat, ya Allah..terima kasih...aku bahagia...alhamdulillah..

Ahad, 4 Julai 2010

DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :
"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. :
"Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara ..

  • enam perkara di atas dunia
  • tiga perkara sewaktu hendak mati
  • tiga perkara sewaktu di dalam kubur
  • tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan Enam perkara seksaan di atas dunia
  • Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
  • Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
  • Tiada dipelihara baginya agama Islam
  • Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
  • Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi pahala oleh Allah akan dia.
  • Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya Tiga perkara sewaktu hendak mati
    1. Dimatikan dalam kehinaan
    2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
    3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan air kekerongkongnya sebanyakmanapun
    Tiga perkara sewaktu dalam kubur
    1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
    2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga hari kiamat.
    3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya berkata:
      "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
      daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh" Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70 hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam perjalanan.
    Dipetik dari : http://www.angelfire.com/in/elcom98/solat.html
  • C0Q10

    Learn about CoQ10 benefits and side effects

    Also known as Coenzyme Q10 or ubiquinone, CoQ10 is a popular supplement with a multitude of health benefits. CoQ10 is produced by your body, but the amount diminishes as you age, so consuming C0Q10 in your diet is also important. Foods that are a good source of CoQ10 include beef liver, sardines, mackerel, soy beans, peanuts and spinach.

    What Is CoQ10?

    CoQ10 is a substance that naturally occurs in your body’s cells and helps to produce energy. Its concentrations are highest in those organs that do the most work, such as the heart and liver.
    Advertiser Links for c0q10 nutrition
    [what's this?]

    Benefits and Indications

    Medical researchers have found that CoQ10 is a powerful antioxidant, which means that it seeks out harmful substances called free radicals and helps to eliminate them from your body. If free radicals are allowed to accumulate in your body, they can cause damage to cells and to DNA. Free radicals are introduced to your body through contaminants such as pollution, cigarette smoke and UV light.
    The health benefits provided by CoQ10 are numerous, and ongoing research continues to identify more positive results associated with adequate CoQ10 levels. Some CoQ10 benefits include:
    • Providing protection from heart disease
    • Helping patients with congestive heart failure to heal
    • Reducing the incidence of an irregular heartbeat
    • Fighting free radicals and preventing damage from oxidation
    • Improving energy and athletic performance
    • Boosting the immune system
    • Combating fatigue
    • Improving the tolerance of exercise in muscular dystrophy patients
    • Lowering blood pressure
    • Reducing the occurrences of migraines
    • Preventing heart damage caused by chemotherapy regimes
    • Improving male fertility by increasing sperm motility
    • Preventing toxin overload

    Side Effects and Warnings

    CoQ10 is safe to take for most individuals in doses of 30 mg to 90 mg daily. Although rare, CoQ10 can have side effects, including diarrhea and rash. People with diabetes should use CoQ10 only under a doctor’s supervision, as CoQ10 may have an effect on blood sugar levels. In addition, pregnant or nursing women should not take CoQ10, as its safety for these individuals and their babies has not yet been established.
    At one time, medical professionals were concerned that CoQ10 could reduce the effectiveness of cholesterol-lowering drugs, but this is not the case. Since certain cholesterol-lowering drugs reduce the naturally occurring levels of CoQ10 in the body, taking a CoQ10 supplement can restore healthy levels of CoQ10 without impacting the effectiveness of these medications on cholesterol levels.
    As with any dietary supplement, check with your doctor or a medical health professional before starting to take a CoQ10 supplement

    Dipetiik dari : http://www.healthscenenutrition.com/dietary-supplements/coq10.aspx

    Sabtu, 26 Jun 2010

    qeja aku masa cuti....

    Jahit tirai! wakakakaka... almost 2weeks qeja aku duk kat mesin jahit ja... utk ruang tamu.. ada lg tu set dia...dah la besaq..naik jemu aku..dah mak aku suruh, buat je la...pastu upahnya, aku mintak pau bayarkan broadband...hahahaha..sebenarnya xnak pau pun tp pokai lak sbb baki cuti yg lain aku byk p jalan2 n shopping...hihihihi..terlajak budget..

    Ni yg dlm bilik.. mula tu aku berangan nak wat utk bilik aku ja..tetiba lak silap beli kain kale ijau..dinding bilik aku tu kale ijau..dah lama tak balik..lupa..hahahha..so, jadi la yg kale hijau oren ni utk bilik abg aku..aku punya beli lain..beli kale pink..kain murah je sbb dah pokai..hehehe...

    Jumaat, 25 Jun 2010

    p0k0k b0gak ayah aku.....


    al kisahnya.... ayah aku jual pokok??? Rm800...??? byk lg aku nak citer kat korang... sbnrnya, ayah aku nie.. tukang kebun sekolah pencen.. mmg dah jd hobi ayah tanam pokok di sekeliling rumah.. macam2 ada.. pokok cinai, pokok bunga kertas yg daun kale hijau putih tue, pokok sedap malam, pokok2 keladi hiasan, etc.. saja ja tanam xda niat nak jual pun...
    1hari ada sorg cina dtg umah tanyakan pokok bogak tu.... dia mintak, rm100 je.. ayah aku call member dia tanya harga pasaran, kwn ayah ckp, orang jual pokok ada yg mencecah puluhan ribu ringgit.. kwn ayah aku cdgkan jual, rm1500.. wuoh...terkejut cina tu.. last2 kecek2, ayah aku jual yg besar rm500, yg kecik rm300.. boleh la tu harga kampong...

    Sabtu, 22 Mei 2010

    Panduan solat Jama' dan Qasar...

    Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
    1.0 Solat Qasar
    1.1 Takrifan
    Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
    1.2 Hukum Qasar
    Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
    i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
    “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
    ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
    ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
    (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
    1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
    Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
    1.4 Syarat Solat Qasar
    i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
    ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer atau 56 batu).
    iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
    iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
    v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
    1.5 Contoh Niat
    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
    2.0 Solat Jama'
    2.1 Takrifan
    Solat Jama’ terbahagi kepada :
    i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
    ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat
    Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
    2.2 Syarat Solat Jama’
    2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
    i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar
    dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
    ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang
    afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
    iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
    iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
    v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan
    sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
    2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
    i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
    ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
    2.3 Contoh Niat
    2.3.1 Jama’ Taqdim
    i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
    أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
    ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
    2.3.2 Jama’ Ta’khir
    i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
    أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
    ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
    (Sumber : http://www.e-solat.gov.my/)

    Selasa, 18 Mei 2010

    Al-Quran pemberi syafaat....

    Berpandukan amalan para sahabat dan juga salaf al-Salih di atas, segolongan ulama’ ada juga menyatakan bahawa hak seseorang individu (mengkhatamkan al-Quran) terhadap dirinya sendiri adalah sebanyak dua kali pada setiap tahun!Malah jika dibandingkan dengan golongan terdahulu, hitungan sebanyak dua kali setahun sebenarnya bukanlah jumlah yang terlalu mustahil untuk kita lakukan!…
    (dipetik dari : http://equranic.com/khatam-al-quran/)

    Kalau nak tau byk lg, baca la kat blog tu... dr pembacaan aku, ada org sarankan, baca quran lepas tiap2 solat fardhu 4 1/2 mukasurat.. sahabat nabi, ada yg khatam 3 atau 4kali dlm 1mlm! wow, hebat betul! kita? brapa kali? kalau tak baca 1patah pun, mcmana nak khatam? kalau tak slalu baca, al-Quran ni nt akan dtg temankan kita dlm kubur ke? pk sendiri la ye...

    aku ckp terus terang, aku xda la mahir sgt baca ayat2 suci ni especially dr segi tajwid.. tp, aku baca je, bukan tak pandai langsung! kalau takleh baca perfect, nak watcamna.. takkan xnak baca langsung..bila baca slalu lama2 mahir la.. tajwid tu blajar pelan2... nyesal pulak dulu masa sekolah ponteng kelas tajwid.. pastu, aku gi klas tajwid kat u, tak pandai2 jgk.. taranum tu lg la tak tahu.. bestnya kalau pandai..

    sejak aku mula amalkan baca quran tiap2 hari sekurang2nya 2mukasurat quran kecik, aku rasa hidup aku lebih teratur..urusan aku bagai dipermudahkan je..hati pun tenang, sejuk je rasa..semoga Tuhan akan tetapkan hati aku utk terus mengamalkan bacaan al-Quran ni sampai akhir hayat aku...amin... Semoga Tuhan tetapkan hati2 korang semua juga supaya slalu mengamalkan bacaan ayat2 suci ini sepanjang waktu..inilah saja teman kita nanti di akhirat selain amalan kita di dunia....ingat, dunia hanya sementara, akhirat selamanya....moga kita tergolong di dalam org2 yg berjaya....amin ya rabbal'alamin.....

    Ahad, 16 Mei 2010

    selamat Hari Guru Buat Semua Guru di Malaysia


    Sesungguhnya... aku sangat banGGa menjadi seorang GURU di Malaysia!!!!!!

    Jumaat, 14 Mei 2010

    bZz sebelum cuti...

    skrg ni mggu exam... next week abih, terus nak analisis.. bermacam2 anallisis.. analisis item setiap subjek n klas, analisis klas, analisis macs, analisis sap.. buku rekod lg.. ulasan plbs utk lisan lg.. kira nilam lg.. semua mesti siap sebelum 21mei ni paling lewat 24mei... tp bz2 pun piala thomas tgk jgk.. kalah pun takpe la.. nak buat mcmana, xda rezki thn ni... skuad malaysia mmg dah usaha dah..

    heheheh.. bila ingat cuti, best gila.. cuti gawai 3minggu... mak n ayah sudi dtg kapit lak.. bestnya.. tak sabar nak bawak mak n ayah jalan2 kat sibu n kapit.. 3 4 hari sj pun takpe la.. janji sudi gak jejak kaki kat tempat aku menapak ni.. pejam celik pejam celik.. skrg dah hampir 3 tahun aku kat sini...

    Isnin, 10 Mei 2010

    Selamat Hari Ibu....





    sElAmAt HaRi IBU, mak...

    Ahad, 9 Mei 2010

    selera donut...


    ni yg versi coklat yg betul2 coklat.. sedap nih.. aku suka sangat.. bila letak coklat putih, rasa mcm letak gula biasa ja.. bila letak coklat ni, rasa mcm makan ais krim coklat pun ada.. mcm makan wafer coklat pun ada.. mcm makan NiNi coklat celup tu pun ada..heheheh

    sama ja resepinya mcm yg aku bagi dulu cuma bezanya letak coklat hitam ni pulak..
    aku slalu buat 1/4 daripada sukatan resepi tu ja.. sbb 1kg tepung tu byk.. 1/4 ni pun bley dpt dlm 15 -18 biji..

    Jumaat, 7 Mei 2010

    Everything will be okay if you start think positive...

    aku anggap blog ni diary aku n xksah la if ada yg nak baca n komen.. kdg2 kita xsedar pun tindakan kita salah..

    pagi td, ingatan aku 4 5 tahun yg lalu tiba2 bermain2 n melayang2.. aku konfius pun ada.. makcik tu gila atau salah faham dgn aku??? apa pun ia buat aku serik utk jln sorg2 kat blakang sungai dkt pekan rabu alor star tu lg..

    ptg ni, jumpa dgn org gila lg.. 'gila racing'.. remaja, biasa la tp in bad manners, itu kebiasaan yg perlu dibendung.. ni la antara punca kemalangan jalan raya yg utama di Malaysia!!!

    with bad moods kdg2 apa yg kita nampak mungkin cuma salah org.. tp bila kita cuba keep thinking in positive ways, sakit hati akan mula hilang n bahagia akan mula muncul.. mcm mlm ni..

    aku sbnrnya xda la lapar sgt.. tp rasa nak sgt org layan aku..so aku ajak housemate kuar mkn.. n diorg ikut.. sonok rasanya mcm ni slalu tp bila kat sana, diorg xmkn pun.. minum ja.. aku ja mkn.. kalau ikutkan, xbest mcm tu.. tp bila ikutkan sgt hati ni, mcm mak nenek la pulak, cerewet xtentu pasal.. org lain pun nak privacy jugak.. ingat nak balas, bila temankan diorg nt, xnak mkn jugak..heheh.. tp bl pk2 balik, xbaik pulak camtu.. biar je la.. diorg kenyang sgt kot... but, anyway, thanks a lot for the dinner tonight.. =)

    Isnin, 3 Mei 2010

    hobi masa lapang...

    arrrgghhhh.... cikgu susan ee blaja knitting pulak... :-) teringinnya nak blaja.... sifunya madam chan.. bila nak beli barang nihhh..

    aritu aku tgk ada org buat quilting.. best jugak.. cantik.. ambik perca2 kain, buat jadi gambar cantik.. kena jahit sikit la.. tah bila nak cuba.. mak aku penah gak buat tapi buat cadar ja gabung perca2 kain buat corak n double dgn kain besar lak bagi tebal.. sedap pakai especially time ujan..hehehe..

    ayah aku ada hadiahkan mesin jahit sbb konvo aritu.. hasilnya jadi la jugak langsir2 kat umah aku tu.. aritu aku stop guna mesin tu sbb rosak (hehehe salah aku jugak, pandai2 usik sana sini).. ayah aku gak yang bawak gi baiki... so, aku plan nak wat set langsir n cadar n bantal skali utk bilik aku.. heheh besar betul angan2.. sempat ke tidak nak wat cuti bulan6 ni..

    ni la hobi aku.. cuba buat benda yang aku tak pandai n tak expert lagi.. berangan tu lebih... sebenarnya banyak choice utk dijadikan hobi.. banyak betul hobi2 yg hebat n bermakna dlm dunia ni.. n ada yg aku belum jumpa lagi.. belajar sepanjang hayat kan.. n kalau boleh, share ilmu dgn org, untung2 boleh buat saham akhirat... dunia hanya seketika, akhirat selamanya...

    Ahad, 2 Mei 2010

    Tuntutlah Ilmu

    Adab Pelajar
    1. Kebersihan jiwa - drp sifat keji
    2. Mengurangkan kesenangan duniawi dan menjauh drp kg halaman.
    3. Tidak sombong - bahkan taat kpd guru.
    4. Menghindari perselisihan
    5. Tidak menolak ilmu yg terpuji bahkan menekuni sehingga faham.
    6. Mementingkan ilmu ahirat.
    7. Mengharapkan dekat dgn Allah - dgn tidak mengharap kepimpinan, harta dan kedudukan.

    Tugas Pengajar
    1. Menunjukkan rasa kasih sayang - hendaklah murid2 itu saling mencintai.
    2. Jgn mengharap upah - pelajar jg mempunyai jasa ke atas pengajar dgn menyebabkan pendekatan dirinya kpd Allah dgn menanamkan ilmu dan iman dalam hati.
    3. Menasihati pelajar.
    4. Melarang dari akhlak tercela - bukan dgn cara tegas tetapi sindiran atau teladan. Meneladani perbuatan lebih kuat drp meneladani perkataan.

    Hakikat Akal - naluri yg digunakan utk memahami pengetahuan2 teoritis seakan2 akal adalah cahaya yg dimasukkan ke dlm hati yg mana manusia siap memahami segala sesuatu. Hal ini berbeza menurut perbezaan naluri. Wallahua'lam.

    Sabda Nabi SAW:

    Sesungguhnya ilmu itu diperoleh dgn belajar dan sifat pandai menahan diri diperoleh dgn berusaha menahan diri, dan siapa berusaha mencari kebaikan, ia pun diberi kebaikan itu. Dan siapa menghindari keburukan itu, iapun dijauhkan dari keburukan.

    Carilah ilmu dan ketenangan serta sifat menahan diri disamping ilmu.

    Iman itu telanjang, pakaiannya adalah taqwa, perhiasannya adalah rasa malu, dan buahnya adalah ilmu.

    Manusia yg paling utama adalah org mukmin yg alim dan bermanfaat jika diperlukan dan jika ia tidak diperlukan maka iapun mencukupi dirinya.

    Hati jika tidak diberi ilmu dan hikmah selama 3 hari, maka iapun mati kerana hidangan hati adalah ilmu dan hikmah, dan dgn itu ia hidup sebagaimana hidangan tubuh adalah makanan dan minuman.

    Belajarlah ilmu kerana mempelajari ilmu kerana Allah adalah kebaikan dan menuntut ilmu adalah ibadah, kajian adalah seperti tasbih, penyelidikannya spt jihad, pengajarannya adalah sedekah dan pemberian nya kpd ahlinya adalah pendekatan diri kpd Allah.

    Ilmu adalah penghibur dikala kesepian, teman diwaktu menyendiri dan petunjuk dikala susah dan senang. Ia adalah pembantu dan teman yg baik dan penerang jalan ke syurga.

    Ilmu menghidupkan hati dan menerangi pandangan yg gelap serta menguatkan tubuh yg lemah.

    Firman Allah
    Serulah manusia kpd Tuhanmu dgn hikmah dan pelajaran yg baik, dan bantahlah mereka dgn jalan yg baik.

    Berkata As-Syafie: Kenyang itu memberatkan badan dan mengeraskan hati, menghilangkan kecerdasan, menyebabkan tidur dan melemahkan pelakunya dari beribadah.


    dipetik dari http://k9999a.blogspot.com

    donat hari ahad...



    hari ni, tiba2 pulak rasa nak makan donat tapi nak yang ada coklat putih tabur coco rice tu.. hehe.. so, awal2 pagi lg aku keluar beli barang n bila balik, terus buat.. ini lah hasilnya.. tu masa masih panas. thats why coklat putih tu tak nampak..

    kalau nak cuba buat, ni resepinya :
    1kg tepung gandum
    1 cawan marjerin
    1 peket mauripan rendam dlm 1 mug air
    sedikit susu pekat n garam

    campur semua bahan n uli hingga sebati..pastu biar selama 2jam bg dia naik. then canai n buat bentuk donat.. biar kejap bila dah naik, goreng dgn api perlahan.

    kalau uli betul2, sedap ni.. dah sejuk pun masih lembut n gebu lagi donat kita..
    coklat putih masakan tu, cairkan dgn letak dlm mangkuk yg berisi air panas di bawahnya.. tak paham? maksudnya, letak la 1bekas yg diisi air panas n then buh mangkuk dlm bekas air panas tu n buh coklat dlm mangkuk tu.. ada paham? kacau perlahan2 sampai coklat tu cair.. mcm dlm gambar kat bawah tu..

    selamat mencuba..... =)

    Isnin, 26 April 2010

    ilmu agama..

    Sabtu lepas, pertandingan lalulintas shell antara sek2 bahagian kapit diadakan di perkarangan stadium tertutup bleteh.. alhamdulillah sek kami johan tahun ni wp dgn 16saman.. gembira betul budak2 tu.. ada jgk yg dpt pemandu kereta terbaik n pemandu basikal terbaik..hehe syg, lupa nak ambik gambar..

    Pg ni pulak, pertandingan pantun antara sek2 bahagian kapit akan diadakan di smk kapit no(2).. Kelmarin, hari terakhir berlatih la..sempat jugak la aku p tgk.. lepas penat berlatih, kami pun borak..

    Byk yg ditanya dan byk juga la yg aku jwb.. tak tahu la diorg ni mmg minat pada islam atau saja cari modal nak borak..apa pun, ia buat aku rasa byk lg yg aku perlu kaji tentang islam..sbb islam ni sgt lengkap. Segalanya ada cuma aku ja tak tahu sgt.. ada jugak hak2 yg aku belum mampu sempurnakan..cthnya, khatam al-Quran 2kali setahun..aku cuba setakat yg mampu je la..selebihnya serah pada yg Esa..biar Dia yg nilai aku..tugas aku, berusaha n redha segala ketentuanNya..semoga Tuhan sentiasa merahmati aku..amin..

    Khamis, 22 April 2010

    blaja mengkait dari cikgu Susan Ee

    Hobi cikgu ni, hasilkan barang2 mengkait.. mcm2 dia buat.. beg besar, sarung bekas air, beg kecil dgn bunga2, sarung nset, bekas telur, lapik meja... mcm2 la..

    Dulu, mak aku pernah ajar aku kemahiran ni.. tapi, tak pandai2 jugak... aku fade up n tinggalkan jadi kenangan ja.. pastu, bila aku jumpa cikgu ni, aku tanya sikit je, byk betul yg diajarnya.. mmg tak kedekut ilmu langsung.. dgn azam n cita2 yg tinggi, aku terus buat beg yang besar.. dekat 1thn jugak baru nak siap.. ye la bukannya buat hari2.. bila free je.. alhamdulillah dah siap pun..
    tahun ni, cuba buat alas meja pulak.. terima kasih byk, cikgu...

    ni tak siap lg..lambat gak nak siap sbb besar....

    ni la beg yg aku buat tu...heheh..segan nak pakai sbb tersilap pilih kaler pink sgt..hehehe...

    belajar buat kotak yang sangat comel dari Toh Sin Jye..

    Sabtu, 10 April 2010.. sekolah kami adakan Larian Jogathon untuk semua pelajar.. Tak macam tahun lepas kena jaga check point, tahun ni aku disenaraikan di bawah AJK Hadiah.. so, tunggu pelajar tamatkan larian untuk sempurnakan penyampaian hadiah je la..

    Aku mula bosan dan penat tunggu.. tak lama kemudian, budak2 pun dah sampai n ada gak yg pengsan2.. takda la teruk sgt.. PBSM kan dah standby.. aku tgk, Toh Sin Jye sibuk buat kotak kertas yang sgt comel.. so aku pun join la skali cuba2 blajar.. baik betul Toh ni, dia offer aku tgk buku yang dia beli masa dia sekolah dulu pulak sbb tak sempat ajar aku sampai pandai sbb acara bagi hadiah pun dah habis n dah tiba masa mkn n pulang.. tahun ni, entah kenapa rasa cepat pulak Jogathon ni habis..

    Nak tgk kotak2 yg comel tu?

    Add Image
    ni 1je yg dia buat.. sbnrnya, dia buat byk..bg kat tiap2 org cikgu sek kami.. bygkan, sekolah kami ada lbh kurang 108org cikgu kalau tak salah aku la..tp mmg ramai.. rajin tak diorg.. toh buat dgn kwn2 dia..sue ping n kong ling..

    JADUAL GAJI 2012

    JADUAL GAJI 2012

    Jom main sudoku....