RESEPI KEGEMARANKU....

ROTI JOHN :



Pukul 3 biji telur, lada hitam, garam, daging lembu cincang, 2 biji bawang besar, (1cm halia dan 1 ulas bawang putih yang ditumbuk), 1/4 st serbuk kari daging. Kemudian goreng tanpa minyak sampai bergentel.
Bakar roti, masukkan inti tadi bersama salad, timun, sos dan mayonis.

MEE REBUS :



Tumis bahan blend (cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai,lengkuas, buah keras). Tambah garam dan gula secukup rasa, masak sampai naik minyak. Kemudian, tambah bahan blend (udang kering dan udang basah), serbuk kacang tanah goreng, bahan blend (ubi kentang dan ubi keledek sama banyak), air rebusan ketam dan air rebusan daging. Kalau pekat, tambah air.
Celur mee, taugeh. Potong cili hidup, daun bawang. Goreng bawang merah yang dihiris, cucur udang, tauhu. Rebus telur.

PISANG GORENG :



Tepung jawi, sedikit tepung jagung, kunyit, garam, 1 biji telur dicampur dengan air kapur. Kacau dan jadikan ia pekat. Belah pisang, goreng dalam minyak panas.

COCKTAIL :



Masak sedikit agar-agar, tapis dan tuang dalam periuk. Masukkan 1 tin air laici yang di blender, 1 kotak besar susu segar, kacau dengan api perlahan. Masukkan sedikit tepung kastad untuk memekatkan. Setelah masak, masukkan 1 tin cocktail, kacau dan tutup api. Simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan sejuk.

ASAM PEDAS DAGING :



Blend halia, kunyit, lada hitam, jintan manis, rempah biji, bawang besar, bawang putih, air dan cili kering. Masuk dalam periuk, tambah lengkuas, serai, air asam jawa, dan daging. Masak sampai daging empuk kemudian tambah garam secukup rasa, tutup api.

KEK COKLAT :



Blend 4biji telur dgn 1 cawan gula (kurangkan sikit jika xsuka manis), tambah 1 cawan minyak, 1 cawan susu pekat, 1/2 cawan susu cair, 1 cawan serbuk koko, blend lagi sampai sebati. Ayak 1 3/4 cawan tepung gandum bersama 1 sudu besar baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (soda xleh letak banyak, nanti pahit). Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang diayak dan kacau hingga sebati.   Bakar dengan suhu 180 darjah api atas bawah dalam masa 1 jam 30 minit.
Letak air panas dalam bekas dan masukkan mangkuk kaca di tengah. Masukkan serbuk koko, susu cair, susu pekat dan minyak di dalam mangkuk tadi, kacau hingga sebati. Tambah susu pekat jika kurang manis.
Tuang adunan tadi di atas kek yang telah masak, taburkan 'chocolate rice' di atasnya, simpan dalam peti sejuk.

KEK PISANG :



Blend 3biji telur dengan 1 cawan gula, masukkan 1 cawan minyak, lenyek 7biji pisang emas dan masukkan dalam adunan. Kacau hingga sebati (jangan blend, nanti tekstur pisang rosak). Ayak 1 3/4 cawan tepung gandum bersama 1 sudu besar baking powder dan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Bakar dengan suhu 250 darjah dalam masa 1jam.

BROWNIES FULL OF CHOC :



250g (sebuku) butter
·        400g coklat masakan
·     4biji telur
·        2 cawan gula perang
·        2 penutup esen vanilla
·        1 sudu besar coklat emulco
·        3/4 cawan tepung gandum
·        1/2 cawan serbuk coklat
·        1/2 cawan kacang walnut @ pecan @ almond @ macadamia. Ikut suka. Kalau tak letak kacang pun tak apa.

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 180 darjah.
  2. Double boil butter dan coklat masakan. Pastikan air yang menggelegak tak masuk dalam adunan butter dan coklat masakan. Setelah cair, ketepikan. Biarkan sejuk.
  3. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula perang, esen vanilla dan coklat emulco. Gunakan spatula untuk sebatikan bahan-bahan ini.
  4. Tuang adunan butter dan coklat masakan yang dicairkan tadi ke dalam adunan di atas. Gaulkan sebati. Jangan kacau terlalu lama. Setakat sebatikan saja.
  5.  Ayak tepung gandum dan serbuk coklat. Masukkan dalam adunan di atas bersama kacang (jika ada). Gaul sebati dan masukkan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan marjerin atau butter.
  6. Bakar selama 45 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk periksa bahagian tengah brownies.

ORIGINAL BROWNIES :

100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut

Cara menyediakan :
1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double-boiler.Sejukkan
2.Pukul gula dan telur sehingga kembang
3.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.
4.Masukkan tepung dan serbuk penaik
5.Akhir sekali masukkan badam atau walnut
6.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit

BUBUR CHA CHA BERSAMA KELEDEK MANIS :




Bahan-bahan:
300gm keledek | dipotong kiub dan direbus empuk
100gm cha-cha
150gm gula pasir
100gm gula Melaka
300ml santan
2 helai daun pandan | dikoyak dan disimpul
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Satukan isi keledek, cha-cha, gula pasir, gula Melaka, santan, daun pandan dan air secukupnya. Didihkan dan dikacau rata.
2. Pastikan bubur dimasak dengan api yang perlahan dan dikacau selalu.
3. Akhir sekali perasakan dan didihkan sehingga masak.
4. Sedia untuk dimakan.

CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN :





Bahan A
1/2 mug air
2 sudubesar serbuk koko
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar tepung jagung

Bahan B
2 1/2 sudu besar marjerin daisy
3 sudu besar minyak jagung
1 sudukecil serbuk nescafe
65gm dark chocolate

Bahan C
1 biji telur
2 sudu besar gula aising
Bahan D
1mug xpenuh tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*ayak sekali
3 sudukecil baking powder*ayak sekali

Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Satukan bahan B dan cairkan di dalam mangkuk yang diletak di dalam besen berisi air panas. Pukul bahan C hingga kembang. Campurkan bahan A, B dan C. Ayak bahan D dan masukkan tepung. sebatikan dengan spatula sekadar bersatu. Kalau suka, masukkan 3sudu besar horlick dan kacau hingga sebati. Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 30 minit / suhu 200 C api atas bawah atau hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.


NASI BERIYANI :





1) Kisar 1biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, dan 1/2 inci halia


2) Tumis bahan kisar bersama bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.


3) Bila dah naik wangi, masukkan susu cair, tomato soup, tomato puri (sikit ja nt masam).


4) Basuh beras n tos.


5) Tambah air ikut sukatan beras tadi ke dalam (3)


6) Tambah garam, ketuk serai n masukkan.


7) Bila dah mendidih, masukkan beras, kacau n biarkan masak.


8) Bila nasi dah masak, masukkan bawang goreng, kismis n badam kalau suka..


9) Makan bersama ayam masak merah n acar timun @ daging masak hitam n papadom @ dalca n ayam goreng berempah.


MASAK MERAH AYAM :



1) Goreng ayam dengan garam n kunyit.

2) Kisar cili kering, halia, lengkuas, serai, 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih.

3) Tumis bahan kisar.

4) Bila dah naik minyak, masukkan 1 camca rempah kari daging, tomato puri, tomato soup, sos cili, sos tomato, kunyit.

5) Kacau n bila mendidih masukkan santan 1 cawan.

6) Kacau n biar mendidih..kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

7) Tambah gula, daun bawang, daun sup, bawang goreng, kacang peas n garam.


NASI DAGING :

1) Rebus daging hingga empuk dengan rempah kurma adabi dan bunjut (sup daging).

2) Basuh beras n toskan.

3) Kisar 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, dan 1/2 inci halia.

4) Panaskan minyak n butter/minyak sapi.

5) Tumis bahan kisar (2) bersama bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis n buah pelaga.

6) Masukkan rempah kurma adabi yang telah dicampur air. Biarkan wangi.

7) Maukkan air rebusan daging (ikut sukatan beras), tomato soup, susu cair n daging yang telah direbus n dipotong kecil. Biarkan mendidih.

8) Masukkan garam, gula, daun pandan n beras. Biarkan masak.

9) Bila dah masak, masukkan kismis. Gaul rata n biar seketika.

10) Makan bersama dalca, daging rebus n air asam.

PULUT UDANG


Bahan-Bahan:

Bahan inti:

100 gm udang
4 biji cili kering
2 batang serai
10 ulas bawang merah
½ sudu jintan manis
1 sudu besar minyak masak
Gula
Garam

900 gm pulut
1 biji kelapa
Garam
Daun pisang (daun pisang awak sj yg boleh guna..daun pisang lain, kelat)
Lidi

Cara:

  1. Untuk membuat inti, udang dipotong kecil-kecil.
  2. Cili kering dimesin bersama jintan manis.
  3. Serai dan bawang merah dihiris halus.
  4. Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan jintan manis tadi serta kacau.
  5. Masukkan kelapa parut dan serai, garam, gula, udang dan bawang merah.
  6. Kacau hingga masak dan ketepikan.
  7. Rendam beras pulut semalaman. Bersihkan dan kukus hingga masak.
  8. Pulut ini digaul bersama santan yang telah bercampur sedikit garam.
  9. Layur daun pisang dan potong 7.5 x 15 cm.
  10. Ambil 2 sudu besar pulut dan letakkan atas daun pisang tadi dan tekan pulut supaya leper.
  11. Letakkan inti di bahagian dan gulung pulut berlapikkan daun pisang.
  12. Matikan dengan lidi di hujung dan pangkal pulut udang ini.
  13. Bakar pulut di atas api yang sederhana garing.
MASALODEH

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )
2 genggam kacang dal - direndam semalaman
1/2 bii bawang besar-didadu
Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
Daun kari -dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
1/2 biji telur
secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara
1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
6. Selamat mencuba.








JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....