Memaparkan catatan dengan label Bicara hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara hati. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mei 2012

APA YANG WANITA MAHU DARI LELAKI


1)Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

2)Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3)Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

4)Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

5)Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.

6)Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

7)Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8)Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

9)Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

10)Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

renungan buat yang bernama SUAMI...  

Sabtu, 21 April 2012

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah..gaji naik..! Harap semangat qeja pun naik jugak..

Sabtu, 7 April 2012

PAGI JUMAAT YANG HENING

Assalamu'alaikum..pagi jumaat 6 April 2012 kami cuti sempena good friday..aku g jogging ngan shida sambil ambil gambar..bukan jogging pun..jalan ja..kami letak moto kat borneo, jalan kaki naik bukit kat sini..
diorg mmg buat jalan pejalan kaki utk org ramai bersenam..best datang pagi2..udara segar...except bila ada kenderaan lalu n sedekah asap kat depan muka..

sambil jalan, sambil cuci mata tgk pemandangan..

cuaca agak mendung pagi ni..ni aku ambik belah side kiri..nampak dewan suarah (bangunan kale putih) n pangau danau (sekitar kolam ikan n mcm ada jambatan tu)


cantik tak bunga ni..nama apa tah..kat bwh tu cerun bukit..

kalau diperhatikan dlm gambar ni, kwsn yg clear nampak tanah je tu sbnrnya kawasan penanaman padi huma..aku tak sempat ambik gambar..diorg dah tuai..pas tuai, diorg bakar kawasan ni utk dibersihkan n tanam semula..

kabus masih kelihatan di waktu pagi begini..

cuba teka..ni kacang tanah ke ubi kayu..? hahaha mesti la ubi kayu..gila nk dpt kacng tanah besar mcm ni..boleh masuk Malaysian Book of Record kalau jumpa..

jalan yg masih lengang..skali skala ada sebiji dua kenderaan lalu..org pegi kerja..nurse x cuti agaknya..tekah2 yg lalu tu beruniform serba putih..sah la nurse..

ini la pokok yg aku jumpa paling byk d sarawak sejak pertama kali aku sampai di sini..paku pakissss...

taman perumahan dari pandangan atas bukit..byk jgk taman perumahan kat kapit ni..

nampak tak ada astaka tu..tu la stadium terbuka kapit..umah aku kat blakang astaka tu..taman hijau..
pokok keladi ni kalau ayah aku jumpa, mesti dia suka..wat hiasan depan umah..wat landscape..cantik kalau pandai gubah dgn pokok2 lain..

kapit penuh dgn bukit n hasil hutan..pokok2nya begitu mengagumkan..kalau kat yan, g gunung jerai baru jumpa..


sapa kata kapit xda umah banglo..aku ni jalan lambat asyik duk ambik gambar..shida dah jalan jauh ke depan..

rupanya sampai sini ja senggaraannya.. entah bila jalan raya sibu kapit tu nak siap ya..



umah flat..ada byk gak umah flat kat sini..kat jalan selirik ada taman ixora..dulu aku sewa kat sana..mula2 tu rasa mcm duk hongkong pun ada..hehehe mcm penah g hongkong ja lagaknya..duk umah flat, pagi2 dgr ayam jantan berkokok..kat flat ni xda ayam pun..anjing kat tepi jalan ada la..tp jinak..aku ckp, "p sana nah..xmau ikut2.." dia pun stop x ikut aku lg..faham rupanya..hehehe


rumah ni mcm kuarters..xtau la umah sapa..

pokok semarak kuning...dulu jumpa pokok ni kat sekolah ja..kat depan umah aku pun ada..tp kecik lg n kale oren..bukan kale kuning..

taraaa..ni nampak dak umah2 ni semua design sama n kale sama..sbb tu aku kata kuarters..tu yg nampak bekas2 bakar tu..tempat depa tanam padi huma la..lepas tuai, bakar utk tanam semula nanti..ritu masa x tuai lagi, aku nampak mcm umah penuh lalang ja..tinggi2..tgk betul2 rupanya pokok padi..

ni lagi..sama gak..dapat bayang dak pokok padi naik kat tapak yg clear tu..slalu tgk padi dlm petak sawah ja..peghak sikit aku..hehehe

paku pakis lagi..

shidaaaa...jauh gila dia tinggal aku..keloi pun x dengaq..belah kanan ni pun sepesen lagi..umah kale kuning pulak..

van..ni la teksi kapit..skali naik kena rm1.50..dulu rm1 pas minyak naik harga, dia naikkan harga tambang 50sen..baru2 ni minyak naik harga lagi..xtau la tambang naik lg ke x..sejak ada moto, aku dah jarang naik van..kecuali la masa baru sampai kapit balik dari kg..

hilux..n byk lg la qeta besaq2 kat sini..kdg2 aku pun pelik..kapit ni kecik ja..depa pakai qeta2 mewah tu duk pusing2 kat tempat sama ja..x rasa membazir ka..mungkin x kot no bila tiba musim hujan..

emmm, xtau nak ckp apa..ni kuarters biru tadi..


hehehe saja ja..gambaq daun besaq ni pun aku nak tangkap..dulu masa form6 aku kena wat byk projek..salah satunya kumpul jenis2 daun..ayah aku tolong aku carikan daun ketapang..saiz besar jugak daun ketapang tu..hehehe masa tu..best jugak..ayah aku tlg tangkap patung, belalang, rama2 n beberapa insect lain utk tugasan suntik n awet..

kesan padi huma

di pagi yg hening..hanya aku dan shida berjalan di jalan ini..uuiii jauhnya shida tinggai aku...

kalau x silap blakang pokok paku pakis tu, pokok bogak..pokok yg ada nilai komersial jgk utk landscape..tp ayah aku kata pokok bogak cantik masa kecik ja..bila dah besaq tinggi, x cantik lg..ambik yg anak2 je ye wat semai..1 pokok buleh juai dlm harga ratus2 ringgit..

ha ni pokok padi yg tertinggal..xnampak kan..kalau pandai, cuba cari buah padi dalam gambar ini..hehehe


tgk..depa tanam jagung..kan aku kata org iban ni rajin n suka bercucuk tanam..


besaq dak petola ni..1 longgok rm3..kat tepi tu paku pakis..

cuba teka apa benda ni..tau dak..depa ambik daun pucuk ubi kayu, depa tumbuk lumat..juai sukat guna mangkuk kecik..tanya depa, depa kata 'nyamai'..maksudnya sedap..masak wat sayur goreng..aku x penah try pun..

buah salak rm2, kcg panjang rm1, cekur manis rm2..kena pandai survey sbb ada yg juai murah ada yg juai mahai..nak lg murah, tanam sendiri..free of charge..!

ikan keli..besaq ooo..aku takut nak beli..takut yg ni stok bela..xtau depa bg mkn apa bg besaq..mkn kat kg aku la tenteram jiwa sikit..

benda apakah itu..? mcm kulit kayu..aku pun xtau apa bendanya tu..

ikan air tawar yg sgt mahal..! aku dah serik nak p tanya harga..ritu aku beli ikan seluang kecik 1 pinggan kecik rm10..murah dak..hehehe

ikan sungai yg aku tgk saja..ikan kena ais jugak yg aku layan..ikan laut kat blakang sana..

ikan masin..1 pinggan rm10..aku x penah beli..takut nak beli xtau dia perap n jemur tu guna bahan apa..

tau dak benda apa yg panjang2 tu..depa kata guna wat gosok badan masa mandi..

hahaahah..ong..ong..kedek3..ong..xtau harga dia brapa..sblah tu siput sedut..atas tu paku pakis..

tanduk apa ni ye

blah kanan tu paku pakis lg..

gong..gong mmg sgt penting dlm masyarakat iban..nak kawin kena cari gong..jd mcm mas kawin la..

kngkung..paku pakis..cili hijau n satu g xtau nama apa sayur tu

barang kraftangan

susun cantik ja..

cari brg yg nak beli je..bila tanya nt dia terus buh dlm plastik..

buah pisang..favourite aku n shida..

umbut pisang

hasil kraftangan

mcm lemang ja tp bukan lemang..jgn tertipu..

kain apa nama tah ni..kampua ke..tak ingat lak namanya..

halia merah..baik utk perubatan tradisional..

kucai iban

ikan kering..ikan kering..1 longgok saploh ringgit..

pemalu gong n batag paip yg diukir..hasil kerja tangan..

siput sedut lg..

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....