Rabu, 28 Mac 2012

KENANGAN LALULINTAS SHELL 2011 DI MIRI

Pertandingan Lalulintas Shell mmg diadakan pada setiap tahun dengan disertai oleh pelajar yang berumur 11 tahun (sek rendah) n 14 tahun (sek menengah) sahaja..Ada beberapa kategori pertandingan..Pidato, Ujian Bertulis, Ujian Amali, Ujian Interaktif Komputer (kdg2 ada kdg2 xda ikut penganjur)..

Ni gambar masa persediaan ujian amali

Disusun selang seli dengan pihak lawan..jika nasib baik, masa cabutan undi, dapat xda pihak lawan jadi dlm masa 20 minit tu main la puas2 1 team saja..kurang pergerakan lalulintas tapi polis trafik yg jaga tu boleh nampak kesalahan kita dgn jelas..ada pro n kontranya..

cikgu dickson pantau depa kat sini..aku jaga bdk2 yg x ambik ujian amali..

trek kami kat kapit kecik ja..skali tgk trek taman lalulintas miri ni besaq gedabak..ketaq habih budak2..sian depa..

masa hari pertandingan sebenar, aku ingat lagi..depa takut sgt..sejuk tgn2..xtau la takut apa..takut kat polis sama kot..takut kena saman..kalau kalah, cikgu x marah pun..cuma kalau dpt wakil sarawak, boleh la g semenanjung pulak..

dlm masa 5 hari kami bermusafir ke miri ni, aku n cikgu2 lain la jd parent depa..sian depa ni..jadual agak pack..penat perjalanan jauh sama..naik bot dah 3 jam..naik bas dalam 6 ke 7 jam jugak la..


aku x ingat lak masa ni masa latihan penyesuaian gelanggang ka mmg dah ujian amali sebenar..sbb kami mmg xda baju..pakai baju pjk sek tu ja..bdk2 thn 2010, best..dpt baju tulis wakil bahagian Kapit sorg satu wat kenangan..sian depa tp bagus sentiasa bersemangat..!

Isyarat tgn..tu yg mesti terror gila tu kalau xmau kena saman..wat dgn jelas, kemas n kalau dapat trek besar mcm ni pastikan bawak laju sikit..tp jaga2 jgn sampai jd kemalangan..

Mesti pelik kan..napa budak2 tu xnaik basikal atau pedalkar wat isyarat tgn kat atas jalan raya..ni masa latihan..berlatih isyarat tgn tu penting..

Ni masa hari ujian bertulis..pagi2 lg kena naik bas g sk miri ni..beratur ikut bahagian dulu..pastu diorg agihkan ke kelas utk wat ujian bertulis..

Sian budak2..xda baju..pakai baju pjk sekolah ja..xda budget nak wat baju..ni pun kira syukur sbb dpt sponser dari koperasi sekolah..Terima kasih byk2 cikgu ana n pengetua..

bergambar kat dpn sk miri..haha aku x pandai possing..xda dah make up2 janji pakai baju tutup aurat..musafir ni penat..berat tu tanggungjawab nak jaga 17org budak yg mcm2 perangai..tp yg aku bawak ni semua yg aku agak2 baik n xkan menyusahkan cikgu la..cuma kena jaga makan minum diorg betul2..sakit nt masak aku nak jawab ngan parent..

jadi 1 team..sek men n sek rendah wakil bahagian Kapit..Sek rendah, sk Methodist..Sek Men, pidato SMK Kapit No2..Ujian Amali, SMK Kapit..Ni duk tggu bas lepas habis wat ujian bertulis..

budak sek rendah badan lg besar dr budak sek men..sekali dia smack down, pengsan abg2..hahaha

gembira budak2 ni..ye la dah abis ujian bertulis..

Aku ngan cikgu Maria smk kapit no2 try naik kenderaan simulasi kemalangan dengan hentakan kuat..dapat gambaran camna kalau betul2 alami excident..na'uzubillah..

budak2 aku yg comel2 sebelum acara perbarisan..diorg ni mmg bersungguh2 berlatih kawad kaki utk perbarisan ni..cikgu nak ucapkan terima kasih utk coach kawad ni..Riduan 2C(2011)..bagus..sgt berkomitmen..

Semua bahagian berkumpul bawah khemah ni utk persediaan acara perbarisan

sempat lg nak peace2 tu..budak2 ni kalau bergambar, mmg suka..1 lg yg depa suka, shopping..! penat cikgu nak eskot..huh

Diorg mmg yakin dah berkawad sbb dah byk berlatih

wat lawak lak..kami xsediakan kayu utk letak bendera tu sbb dimaklumkan akan disediakan di miri..aku dah xtau nak wat apa..jadi aku g cari ranting2 pokok kat taman tu ja..yg bestnya org yg jaga taman tu tlg aku kepak ranting tu..hehehe aku mana larat..aku mana tau ada kedai dekat2 situ..xtau ada jual kayu mop..

Ni team 2011..team 2012 belum ada lg..tahun ni xtau la mcmana..harap boleh wakil kapit lagi..insyaallah..

Isnin, 26 Mac 2012

20 PERKARA JANGAN


Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH


1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal, kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat
6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan
7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan
8.Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
10.Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya
11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Ahad, 25 Mac 2012

KHAZANAH PASAR TERESANG, KAPIT


Ni la barang-barang kraftangan dari manik..orang iban memang suka wat hasil2 kerja mcm ni..cantik..harga pun cantik gak..hahaha
kerajinan mereka wat aku kagum..orang iban juga sangat rajin bercucuk tanam..mula2 kawasan tu nampak mcm hutan ja..pastu pas beberapa hari n minggu kawasan tu akan cerah ditebas n dibakar tanda dibersihkan..tunggu lagi beberapa minggu, nampak la anak2 pokok sayur mula tumbuh..tanah curam atas bukit mcmana pun diorg boleh usahakan..bagus betul.. 
Insyaallah lain kali aku ambik gambar lain lak buh sini ya..

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nama penuh **>
MUHAMMAD BIN 'ABDULLAH BIN 'ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM

Nama ayah**>
'ABDULLAH BIN 'ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM

Nama ibu**>
AMINAH BINTI WAHAB BIN 'ABDUL MANAF

Tempat lahir**>
DI RUMAH ABU TALIB, MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Tarikh lahir**>
SUBUH ISNIN, 12 RABI'ULAWAL TAHUN 11H / 20 APRIL 571M (DIKENALI SEBAGAI TAHUN GAJAH, SEMPENA PERISTIWA TENTERA BERGAJAH ABRAHAH YANG MENYERANG KOTA KA'ABAH)

Tarikh kewafatan**>
HARI ISNIN, 12 RABI'ULAWAL TAHUN 11H / 8 JUN 632M

Tempat wafat**>
MADINAH AL-MUNAWWARAH

Usia**>
63 TAHUN

Nama isteri-isteri**>
1. KHADIJAH BINTI KHUWAILID
2. SAUDAH BINTI ZAM'AH
3.'AISHAH BINTI ABU BAKAR (ANAK SAIDINA ABU BAKAR)
4. HAFSAH BINTI 'UMAR (ANAK SAIDINA 'UMAR BIN AL-KHATTAB)
5. UMMI HABIBAH BINTI ABU SUFYAN
6. HINDUN BINTI UMAIYAH (DIGELAR UMMI SALAMAH)
7. ZAINAB BINTI JAHSY
8. MAIMUNAH BINTI HARITH
9. SAFIYAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB
10. ZAINAB BINTI KHUZAIMAH (DIGELAR 'UMMU AL-MASAKIN', IBU ORANG MISKIN)

Nama anak**>
1. QASIM
2. ABDULLAH
3. IBRAHIM
4. ZAINAB
5. RUQAIYAH
6. UMMI KALTHUM
7. FATIMAH AL-ZAHRA'

Bentuk fizikal**>
BAGINDA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG TEGAP, KETINGGIAN SEDERHANA TIDAK TERLALU TINGGI DAN TIDAK PULA TERLALU RENDAH. bAGINDA BERKULIT PUTIH KEMERAH-MERAHAN. WAJAHNYA TAMPAN, RAMBUT NABI S.A.W TIDAK TERLALU KERINTING TETAPI TIDAK PULA LURUS, RAMBUTNYA IKAL DAN MENCECAH BAHU. KATA-KATA BAGINDA LEMBUT TETAPI BERNADA TEGAS. BAGINDA MEMILIKI BOLA MATA YANG HITAM PEKAT, BULU MATA YANG LENTIK, SERTA BAHU YANG LEBAR DAN TIDAK BERBULU. DADA BAGINDA BERBULU, TELAPAK TANGAN DAN KAKI BAGINDA TEBAL. KETIKA BERJALAN, BAGINDA SEAKAN-AKAN BERJALAN MENURUNI JALAN YANG TINGGI. KETIKA MENOLEH, BAGINDA MENOLEH (BERBALIK) DENGAN SELURUH BADAN. DIANTARA KEDUA BAHU BAGINDA TERDAPAT TANDA KENABIAN.

Warna kegemaran**>
HIJAU, MERAH DAN PUTIH

Makanan kegemaran**>
BALI, KURMA, BUAH TIN DAN BUAH ANGGUR

Sukan**>
MENUNGGANG KUDA, MEMANAH DAN BERENANG

Peperangan yang disertai nabi**>
1. BADAR (SURAH AL-ANFAL)
2. UHUD (SURAH AL-IMRAN)
3. BANI NADHIR (SURAH AL-HASYR)
4. KHANDAK (SURAH AL-AHZAB)
5. BANI QURAZHAH (SURAH AL-AHZAB)
6. KHAIBAR (SURAH AL-AHZAB DAN AL-FATH)
7. FATH MAKKAH (SURAH AN-NASR)
8. HUDAIBIYYAH (SURAH AL-FATH)
9. TABUK (SURAH AT-TAUBAH)


"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah sangat keras hukum-Nya."
Surah Al-Hasyr (59) : Ayat 7

DIET RASULULLAH...

**>Jangan makan :
susu + daging
daging + ikan
ikan + susu
ayam + susu
telur + ikan
ikan + daun salad
susu + cuka
buah + susu 

**>Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia & kolesterol dalam badan berganda

**>Jangan makan buah selepas makan nasi

**>Tidur 1 jam lepas makan tengah hari


# sumber : rakan facebook..
wallahu'alam

Sabtu, 24 Mac 2012

ADAB MAKAN DAN MINUM

KELEBIHAN HARI JUMAAT

SUNNAH-SUNNAH MASJID

BERSUCI CARA RASULULLAH S.A.W


Minta maaf utk iklan yg x d undang kat depan tu..sy xda software utk cut video tu..

SUNNAH RASULULLAH S.A.W DLM MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

MENGUTAMAKAN YANG KANAN

BERSUKAN DAN BERIADAH CARA RASULULLAH S.A.W

ADAB DAN SUNAT DLM BERMUSAFIR

MINAT RASULULLAH PADA WANGIAN

ADAB DI PASAR


G pasar pun dapat pahala..indahnya Islam..selamat menonton.. =)

BERGAUL DGN KANAK-KANAK CARA RASULULLAH

RASULULLAH S.A.W SENTIASA TERSENYUM

BERWUDHUK CARA RASULULLAH

BERSYUKUR DGN MENGHARGAI NIKMAT


Alhamdulillah..dah jumpa dah video sunnah nabi tv al-hijrah ni..boleh wat koleksi tgk bila ada masa free..n bila dah lupa..alhamdulillah..syukur sgt2...harap dpt jumpa lebih byk info utk diri ini lebih mengenali sifat rasulullah s.a.w yg tercinta ni..insyaallah..amin.

Khamis, 22 Mac 2012

BAJU KURUNG PERTAMAKU..




Ni la part yang silap tu..hahaha...nampak tak kat ketiak tu mcm ada poket lebih dari dalam..hahaha



 Ni lak dah tetas utk jahit semula..hehehe




Ni dah siap..jadi tak..? hehehe asal nampak rupa baju dah la..hehehehe
Baju je..kainnya tak buat pun..haha
ni pun bak kata istilah kwn aku, "bercinta nak buat"..
mcm rajin je..sebenarnya angan2 ja lebih..nak pandai mcm org lain.
Yang betulnya ni bukan cubaan pertama aku utk buat baju kurung..dah byk kali dah..tp nampaknya ni la yg agak berjaya sikit..hehe yg penting ada kemajuan..










7 PERKARA GANJIL...



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.. 

Selasa, 20 Mac 2012

Jom tgk video ni pulak..hehehehe

video motivasi...



video motivasi mcm ni elok jgk kita tgk utk mensyukuri nikmat yang telah tuhan kurniakan utk kita..org mcm dia pun x putus asa n harapan..malu la kalau org yang sempurna anggota mcm kita ni lembik, malas, xda semangat, putus harapan..berdosa tau kalau putus asa dari rahmat Allah..common, tingkatkan semangat n kekuatan diri..

Ahad, 18 Mac 2012

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI AKHIRAT



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" 




Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....