Pengenalan
Seni reka hiasan dalaman ialah seni menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik supaya ia lebih slesa, harmoni dan sesuai dengan cita rasa pemiliknya
Perkara yang perlu diketahui sebelum penghasilan rekaan hiasan dalaman
i. Fungsi bilik
Sama ada bilik tersebut digunakan sebagai bilik pejabat, bilik tamu, bilik tidur dan sebagainya
sebagai ruang utk berkumpul n mkn bersama |
sebagai ruang bersantai dll yg lbh crowded |
ii. Saiz bilik
Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan dan jenis perabot yang akan digunakan
iii. Bentuk bilik
Bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya
iv. Lokasi bilik
Lokasi bilik adalah penting untuk mengetahui arah pencahayaan dan pengudaraan dalam bilik tersebut
Elemen-elemen hiasan dalaman
i. Elemen semulajadi
seperti tumbuh-tumbuhan kecil yang digunakan, kolam air, akuarium, elemen haiwan seperti ikan hiasan dan batu-batan
unsur pokok yg diletak dlm umah membangkitkan rasa segar n nyaman |
ii. Elemen buatan manusia
seperti perabot dan kabinet, barangan hiasan seperti lukisan, arca, jenis bahan yang digunakan seperti simen, marmar atau kayu dan jenis kain yang digunakan
lampu2 yg diletakkan membangkitkan n mengimbangkan |
Espek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman
i. Ruang
Rekaan yang baik dapat memberi keselesaan dalam bilik di mana ruang yang kecil akan kelihatan lebih besar dan selesa
ii. Peredaran udara
Arah pergerakan angin dan udara harus diketahui
bila ada udara keluar masuk, baru la selesa umah kita |
iii. Pencahayaan
Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik.
lebih bagus kalau dapat cahaya dr tingkap atau pintu dr guna lampu 24jam |
iv. Saiz perabot
Perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik yang kecil dan sebaliknya. Susunan perabot akan menentukan ruang dalam bilik.
bila pandai susun perabot, ruang akan jd lebih besar |
v. Warna
Warna dinding dan lantai haruslah harmoni dengan warna perabot. Untuk menonjolkan bahagian-bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna yang cerah menyebabkan bilik kelihatan terang.
warna dinding yang harmoni dgn warna perabot menyemai rasa selesa |
warna dinding yang terang akan buat bilik nampak luas dan cerah |
5. Lukisan Perspektif
Reka bantuk hiasan dalaman boleh dihasilkan dengan menggunakan lukisan perspektif 1 titik lenyap dan 2 titik lenyap.
Proses Reka Bentuk Hiasan Dalaman
1. Menentukan tema dan tajuk
Mengetahui tujuan sesuatu rekaan dihasilkan
2. Persoalan mengenai keperluan dan senarai catatan harian pengguna
i. saiz ruang
ii. jenis ruang
iii. jenis perabot dan hiasan
iv siapa penggunanya - orang dewasa, kanak-kanak, lelaki atau perempuan.
v. jumlah penggunanya
3. Membuat lakaran idea (sketsa)
4. Melukis pelan tapak (berdasarkan skala)
5. Melukis lukisan perspektif
6. Proses membina model (hendaklah dibuat berdasarkan skala)
i. membina pelan lantai
ii. menyediakan tapak
iii. menegakkan dinding dan membahagi ruang di samping menentukan kedudukan pintu dan tingkap.
iv. Melengkapkan model dengan model perabot dan hiasan
Ringkasan hiasan dalaman ciri Bali
- Meja kopi dan sette rendah panjang, menegaskan perhubungan rapat dengan bumi.
- Perabot kayu tropika atau etnik warna gelap seperti jati menegaskan semula jadi.
- Sofa fabrik tidak berwarna atau warna suram dengan tempat duduk dialas kusyen warna coklat atau krim untuk suasana tenang.
- Sedikit selitan warna merah atau keemasan untuk kesan dramatik.
- Perabot potongan lurus dan ringkas serta corak ringkas seperti sedikit garis untuk pengaruh moden dan berukir tangan daripada kayu tropika warna gelap untuk gaya etnik.
- Tempat duduk dilengkapi kusyen hiasan warna krim atau batu permata tiruan warna emas untuk kesan dramatik.
- Tata hias laman yang mempunyai unsur air (contohnya, air terjun kecil)
- Dekorasi bermotif bunga pecah lima yang menjadi elemen penting seni hias bali pula jangan lupa diletakkan di dinding dan jika mahu nampak lebih menarik gunakan dinding daripada batu berlapis.
- Menampilkan unsur Inggeris pada kertas dinding, hiasan piring seramik, jambangan bunga dan lampu terendak.
- Perabot kayu berwarna coklat gelap dikatakan serasi dengan gaya klasik Inggeris sementara warna cerah seperti putih kapur beralas fabrik corak berbunga, menjadi penyerinya.
- Diserlahkan dengan ciri bunga-bungaan terutama sekali bunga ros.
- Sama ada sofa, kemasan langsir atau kertas dinding, perlu wujud keserasian dan kesesuaiannya
- Sementara lukisan berfabrik yang menampilkan keindahan bunga-bungaan dan pemandangan di perkampungan Inggeris jika digantung sebagai kemasan dinding turut dicadangkan.
Ringkasan hiasan dalaman ciri Tradisional Melayu
- Menggunakan hasil kraftangan seperti batik, wau bulan.
- Ukiran kayu pada kening tingkap dan pintu.
VIDEO HIASAN DALAMAN