Khamis, 16 Jun 2011

Teka-teki pengering gusi...

1)Bumi ada matahari dan bulan. dalam banyak² benda, benda apa ada bulan tapi tak ada matahari?

2)pasal apa baju superman ketat semacam?

3)kalau perompak jadi polis, polis jadi apa?

4)Dalam banyak² burung, burung apa yang paling baik?

5)kenapa babi jalan tunduk?

6)kenapa semut kecil?

7)Ali pegi satu kedai runcit ni, bawak 2 ringgit. harga sekotak pensel (1 dozen pensel dalam 1 kotak) kat kedai tu, harga rm 2.10.
apa ali nak buat?

8)Kalau kereta berhenti apa yang turun dulu?

9)Siapa yang menemukan dompet kulit?

10)Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?

11)Apa persamaan michael jordan dengan michael jackson?

12)Apa persamaan kain jemuran dengan telefon?

13)Dalam banyak² bola, bola apa yang dihormati?


JAWAPAN!
1)kalender
2)superman pakai saiz small (s)
3)polis jadi ramai..
4)burung belatuk, pasal 'bela atuk' dia
5)pasal malu jadi babi
6)pasal mak bapa dia kecil
7)siapa kata Ali nak beli pensil?
8)jarum meter
9)yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.
10)pembohong
11)dua-dua tak kenal korang..huhu
12)dua-dua kalau dah 'krinngg' boleh diangkat
13)bola golf, sebab lepas kene pukul, kena tabik (gaya nak tengok)

Sumber Harta Batil yang Perlu Dihindarkan

Perbuatan memakan, menerima atau mengambil harta secara batil termasuklah :
1. Menjual sesuatu yang memudaratkan seperti ubat atau makanan yang tamat tempoh, mendatangkan kesan buruk akibat sudah tercemar atau mempunyai cacat atau aib tetap ditutup atau disembunyikan.

2. Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam.

3. Mengadakan program, kursus atau motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran meramal masa hadapan melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang seumpamanya.

4. Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal, atau dizalimi dengan menafikan sebarang kenaikan upah atau gaji walaupun mempunyai merit yang tinggi dan baik.

5. Mengambil upah hiburan (entertaiment cost) daripada syarikat-syarikat sebagai prasyarat untuk memastikan peluang mendapat kontrak atau tender.

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....