MARI BUAT SENDIRI (DIY CORNER)...

MENUKAR PLUG 3 PIN YANG ROSAK :
contoh plug 3 pin berfius 13amp

Plug jenis ini selalunya kita jumpa apabila kita menggunakan peralatan elektrik seperti seterika, pemanas air, oven, periuk nasi elektrik, tv, peti ais malah hampir semua peralatan elektrik menggunakannya! Kadangkala berlaku litar pintas dan menyebabkan fius terbakar. Kerosakan kecil seperti ini tidak menguntungkan kita sekiranya ia dihantar ke kedai. Lakukanlah sendiri dan masalah anda pasti selesai dalam masa beberapa minit sahaja! Walaubagaimanapun, sentiasalah utamakanlah keselamatan anda ketika menguruskan peralatan elektrik!!

testpen
kedudukan wayar 'live' (coklat), 'neutral'(biru) dan 'earth'(hijau)
  1. Pastikan plug anda tidak disambung kepada sumber elektrik.
  2. Gunakan testpen untuk membuka skru dan periksa kerosakan.
  3. Gantikan fius jika fius yang terbakar.
  4. kedudukan fius, dan wayar di dalam plug 3 pin
  5. Jika kesemuanya terbakar, tukar kepala plug yang baru.
  6. Potong wayar 'live'(coklat) dan 'neutral' (biru) sepanjang 26mm dengan membuka balutan wayar 10mm dihujung. Manakala potong wayar 'earth' (hijau atau hijau kuning) sepanjang 43mm dengan membuka balutan wayar 10mm dihujung.
  7. contoh potongan wayar
  8. Masukkan wayar mengikut kedudukannya dan ketatkan skrunya. Pastikan hujung wayar-wayar yang tidak berbalut tidak bercantum antara satu sama lain.
  9. Tutup dan pasang skru dengan ketat. Cuba pasangkan pada sumber elektrik. (Pastikan tangan anda tidak basah!!!)





JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....