Jumaat, 30 Julai 2010

olahraga mini sek aku

lupa lak nak beritahu, rabu n khamis (28&29 julai 2010) yg lepas, sek kami adakan sukan olahraga antara rumah..kali ni tugas aku, ajk hadiah..alhamdulillah, xda la penat sgt kalau nak dibandingkan tugas di padang..sian kwn2 aku, abih gelap kulit kena sunburn wp hanya 2hari..penat tu tak penat, sakit urat kaki, ada la..sbb duk 'kerabat' (pinjam bahasa mak tih aku) tgga stadium tah brapa kali..nak ambik gambar, charger kamera taertinggal di kg lak..tggu raya ni pulak la aku balik ambik...

Bintulu...

Hari ni, jumaat hari cuti peristiwa bg sek kami tp aku, ustaz n 17org pelajar lain berangkat ke bintulu seawal pukul 6.40pg td..bangun punya la awal..pukul 2pg dah tak lena tido dah..tido bangun, tido bangun...sebenarnya, sejak musim hoki bola jaring tu lagi aku terletih dgn aktiviti sekolah..seminggu sebelum tu, jd jurulatih..aktiviti2 tu direct xhenti2 sampai la mggu ni..dr suka dah jadi lelah dah aku...letih nak lembik pun ada...tu crita keletihan aku la..
crita bintulunya, aku jd guru pengiring utk pertandingan lalulintas shell..alhamdulillah, kali ni diorg wakil bahagian kapit utk sek men..harap2 menang la..nanti leh free2 p terengganu pulak..amin...

Rabu, 21 Julai 2010

nAnaNanAna....sekolah kiter....

mggu ni masuk la mggu yg ke3 aku sibuk pg ptg di sekolah...aku tak rasa ia bebanan tugas..malah, aku bersyukur sbb diberi kepercayaan utk selesaikan tugas2 penting walaupun agak penat..biar penat asal bermanfaat...kalau tak salah, mggu dpn, lepas habis je bulan julai n masuk bulan ogos, aku mula akan free semula..takper, aku suka pa dapat ilmu n pengalaman byk2..kalau pindah gi semenanjung nt, belum tentu boleh dpt rehat yg byk..entah2, lg byk keje nak buat....at least, bila dah biasa buat keje, aku tahu la nak merancang utk mudahkan keje aku nanti..ye tak..ok lah, sampai di sini dulu coretan aku utk hari ini..masih byk tugas yg perlu aku selesaikan..adios!

Ahad, 18 Julai 2010

Makanan yang baik untuk atlet jalan kaki 3000m atlet lain


Ini adalah apa yang aku dapat dari bacaan di blog2 sukan..Pola hidangan untuk atlet sebelum pertandingan adalah seperti berikut :

• 3 – 4 jam sebelum bertanding, makanan seimbang yang rutin, seperti nasi dengan lauk pauk.

• 2 – 3 jam sebelum bertanding sebaiknya dalam bentuk makanan kecil, misalnya roti (kurang dari 500 kalori).

• 1 – 2 jam sebelum bertanding, minuman berkhasiat seperti jus buah (alternatif lain, buah pisang) diberikan kepada atlet.

• 30 – 60 minit sebelum bertanding, atlet hanya boleh minum air kosong sahaja. Jangan minum air gula yang sangat manis. Dibimbangi akan mendapat gejala seperti pening,muntah dan pengsan ketika bertanding. Kalau nak jugak, bancuh air gula dgn nisbah 200ml air : 1 sudu teh gula sahaja.
Badan kita mampu bertahan selama 3hari tanpa makanan. Namun, kita cuma mampu bertahan 1hari tanpa air. Oleh itu, minum air sebaiknya dilakukan secara teratur setiap 10 – 15 minit sebanyak 150 – 250ml air 10 C. Jangan tunggu haus baru nak minum sebab bila kita bersukan, air peluh yang keluar adalah sangat banyak dan apabila kita terasa haus, sebenarnya badan kita telah terhidrasi iaitu kehilangan air. Pernah juga berlaku, akibat kekurangan air, seorang atlet meninggal dunia setelah keletihan.
Tenaga adalah perkara paling penting untuk seseorang atlet menjaga reputasinya atau untuk memecah rekod. Seseorang atlet perlulah berusaha untuk menseimbangkan kadar fisiologi tubuhnya pada setiap hari untuk mendapatkan tenaga yang cukup. Jadi, makanan penyumbang tenaga seperti karbohidrat kompleks (roti gandum, serat, pasta, nasi, jagung, ubi kentang dan kacang hijau) sangat penting untuk tubuh badan kita. Manakala, sumber karbohidrat sederhana (minuman berglukosa, sukrosa atau fruktosa) pula diambil untuk mendapat tenaga segera semasa hari pertandingan.
Selain itu, nutrien yang cukup setiap hari yang diperlukan ialah makanan dari sumber protein ( telur, susu, keju, daging, ikan serta berbagai jenis kacang), vitamin (vitamin A, B6 ,B12, iaitu dari sumber susu, keju, ikan dan telur serta vitamin c dan E iaitu buah-buahan, minyak zaitun atau minyak kelapa) dan mineral (natrium, kalium, klorida, kalsium dan zat besi iaitu daging, ikan, roti, buah-buahan serta sayuran) diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan memulihkan tisu2 yang rosak. Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna cerah juga sangat penting kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi.



Sabtu, 17 Julai 2010

j00mA'at

minggu ni tiap2 pagi aku kuar awal sampai la hari jumaat...sabtu kuar awal lg..ahad je kot boleh rest..nak puasa.. apa yg menarik, mggu ni byk ilmu n pengalaman aku dpt wp agak letih n kalut sampai tak sempat nak masak nasi mkn tghari... ok aku imbas kembali ye..isnin, latihan bola jaring (7.30-9.30pg)..selasa-khamis, pertandingan bola jaring n hoki perempuan, pegawai teknikal, jurulatih bola jaring n hoki perempuan (6.20-10.30pg)..Rabu, siapkan banner utk perasmian bulan membaca(time xda klass)..khamis, taklimat rumah sukan ( mula pukul 11.50pg, so kena dtg awal ke sekolah).. jumaat, hakim pertandingan bercerita (8-10.30pg) siap bagi ulasan utk semua peserta lg..pastu balik, siapkan rph sbb kena hantar hari ni (hahahaha..mmg slalu mcm ni pun..ok aku akan cuba buang tabiat ni)..tgh2 buat, boleh pulak terlelap hampir 1jam, nasib tak lajak sampai pukul 2@3..lega sikit rasa badan aku bila dpt tido 1jam tu..tp, kalut la siap2 takut lewat gi sekolah..di sekolah, aku dpt jadual baru....mggu depan, naik pangkat jd jurulatih olahraga utk jalan kaki 1500m n 3000m lelaki n perempuan..bestnya.....penat ke baca? adios!

Khamis, 15 Julai 2010

Team aku...

hari ini, dah habis kejohanan bola jaring di sekolah aku...team aku B1 menang 2kali, kalah 2kali menjadikan diorang team yang keempat. Walaupun aku tak ada asas dlm bola jaring, tp lepas jadi coach diorng selama 1-2 mggu ni, buat aku mencari2 ilmu utk pelajar2 kesayangan aku ni..2D mmg ada bakat..sayangnya, kombinasi dgn 1c agak lemah..namun, 1c tetap ada minat yg perlu aku ambil kira..ini sajalah yg terbaik dapat cikgu beri utk kamu semua n cikgu maafkan semua kesalahan kamu..semoga kamu cemerlang dlm arena ini n terbaik dlm sahsiah diri..maksud cikgu, disiplin n tahu hormat org lain wp mgkin 1hari nanti kamu akan jadi atlit kebangsaan..insyaAllah..cikgu doakan kamu selalu..asalkan ada kesungguhan pasti berjaya..

okeh, aku kena siap awal hari ni ada perjumpaan rumah sukan pulak..lepas ni, berolahraga la pulak...adios!

Isnin, 12 Julai 2010

b0la sepak b0la jaring....

tahun ni, sekolah aku adakan acara pertandingan bola jaring n hoki antara kelas.. hoki lelaki, alhamdulillah dah selesai..hoki perempuan n bola jaring start esok..kuar kul 6.20pagi la aku esok..kena jadi jurulatih hoki n bola jaring pastu jadi pegawai teknikal bola jaring gak..aku sonok sebenarnya sekolah bagi aku byk tugas.. tak la boring kat sini.. cuma jadi kalut sikit bila jadual perlawanan dekat n jurulatih wajib bersama pemain sebelum n semasa perlawanan...
huh, rumah sukan dengan nama planet.. aku rumah neptun.. hehehe dulu tgk cikgu aku ja conduct kami time sukan.. skrg, time aku lak..best jugak..nak latih apa pun tak tau..hahaha kita tgk ja nanti...
bulan julai ni bulan membaca...aku ajk banner ja.. beres dgn ketua sebaik azhar...
sebelum ni, aku kurangkan kebosanan dgn buat kelas tambahan hujung mggu ja..skrg, rasa letih lak bila mlm takleh tido memikirkan strategi main bola jaring n sibuk2 search dlm internet..apa pun yang berlaku, aku rasa seronok sangat, ya Allah..terima kasih...aku bahagia...alhamdulillah..

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....