Isnin, 2 Ogos 2010

Kesilapan Di Bulan Ramadhan

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sumber : dipetik dari http://mr-tazkirah.blogspot.com/2008/09/kesilapan-di-bulan-ramadhan.html

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Solat

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;

2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan

3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata, "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam raɶmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Sumber : dipetik dari http://mr-tazkirah.blogspot.com/2009/01/hukum-mengumpulkan-dua-waktu-solat.html

Percutian di Bintulu...

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, kami berada di sini selama 4hari dengan selamat..syukur juga kerana kepenatan aku akhirnya lenyap lepas gi jalan2 tgk Bintulu dgn geng pertandingan lalulintas shell ni..segala puji-pujian hanya utkMu ya Allah, kerana tahun ke2 penglibatan aku dlm arena pertandingan lalulintas shell ni, telah memberi info dan pengalaman baru buat bekalan utk santapan pelajar2ku pada tahun2 akan datang..semoga kejayaan akhirnya akan menjadi milik kami dan kekalahan akan sentiasa mematangkan kami..amin.

Taman Lalulintas (tempat bertanding), Dewan Suarah (tempat majlis penutup), Perpustakaan (tempat pidato n interaktif komputer), Taman Tumbina (zoo yang berbukit2), Pantai Jalan Batu (pantai yang panjang..kami naik bas utk tgk pemandangan), Shopping Kompleks, Pasar Malam..itu je tempat yang kami sempat singgah..xpe la, janji boleh realese tension...

Jumaat, 30 Julai 2010

olahraga mini sek aku

lupa lak nak beritahu, rabu n khamis (28&29 julai 2010) yg lepas, sek kami adakan sukan olahraga antara rumah..kali ni tugas aku, ajk hadiah..alhamdulillah, xda la penat sgt kalau nak dibandingkan tugas di padang..sian kwn2 aku, abih gelap kulit kena sunburn wp hanya 2hari..penat tu tak penat, sakit urat kaki, ada la..sbb duk 'kerabat' (pinjam bahasa mak tih aku) tgga stadium tah brapa kali..nak ambik gambar, charger kamera taertinggal di kg lak..tggu raya ni pulak la aku balik ambik...

Bintulu...

Hari ni, jumaat hari cuti peristiwa bg sek kami tp aku, ustaz n 17org pelajar lain berangkat ke bintulu seawal pukul 6.40pg td..bangun punya la awal..pukul 2pg dah tak lena tido dah..tido bangun, tido bangun...sebenarnya, sejak musim hoki bola jaring tu lagi aku terletih dgn aktiviti sekolah..seminggu sebelum tu, jd jurulatih..aktiviti2 tu direct xhenti2 sampai la mggu ni..dr suka dah jadi lelah dah aku...letih nak lembik pun ada...tu crita keletihan aku la..
crita bintulunya, aku jd guru pengiring utk pertandingan lalulintas shell..alhamdulillah, kali ni diorg wakil bahagian kapit utk sek men..harap2 menang la..nanti leh free2 p terengganu pulak..amin...

Rabu, 21 Julai 2010

nAnaNanAna....sekolah kiter....

mggu ni masuk la mggu yg ke3 aku sibuk pg ptg di sekolah...aku tak rasa ia bebanan tugas..malah, aku bersyukur sbb diberi kepercayaan utk selesaikan tugas2 penting walaupun agak penat..biar penat asal bermanfaat...kalau tak salah, mggu dpn, lepas habis je bulan julai n masuk bulan ogos, aku mula akan free semula..takper, aku suka pa dapat ilmu n pengalaman byk2..kalau pindah gi semenanjung nt, belum tentu boleh dpt rehat yg byk..entah2, lg byk keje nak buat....at least, bila dah biasa buat keje, aku tahu la nak merancang utk mudahkan keje aku nanti..ye tak..ok lah, sampai di sini dulu coretan aku utk hari ini..masih byk tugas yg perlu aku selesaikan..adios!

Ahad, 18 Julai 2010

Makanan yang baik untuk atlet jalan kaki 3000m atlet lain


Ini adalah apa yang aku dapat dari bacaan di blog2 sukan..Pola hidangan untuk atlet sebelum pertandingan adalah seperti berikut :

• 3 – 4 jam sebelum bertanding, makanan seimbang yang rutin, seperti nasi dengan lauk pauk.

• 2 – 3 jam sebelum bertanding sebaiknya dalam bentuk makanan kecil, misalnya roti (kurang dari 500 kalori).

• 1 – 2 jam sebelum bertanding, minuman berkhasiat seperti jus buah (alternatif lain, buah pisang) diberikan kepada atlet.

• 30 – 60 minit sebelum bertanding, atlet hanya boleh minum air kosong sahaja. Jangan minum air gula yang sangat manis. Dibimbangi akan mendapat gejala seperti pening,muntah dan pengsan ketika bertanding. Kalau nak jugak, bancuh air gula dgn nisbah 200ml air : 1 sudu teh gula sahaja.
Badan kita mampu bertahan selama 3hari tanpa makanan. Namun, kita cuma mampu bertahan 1hari tanpa air. Oleh itu, minum air sebaiknya dilakukan secara teratur setiap 10 – 15 minit sebanyak 150 – 250ml air 10 C. Jangan tunggu haus baru nak minum sebab bila kita bersukan, air peluh yang keluar adalah sangat banyak dan apabila kita terasa haus, sebenarnya badan kita telah terhidrasi iaitu kehilangan air. Pernah juga berlaku, akibat kekurangan air, seorang atlet meninggal dunia setelah keletihan.
Tenaga adalah perkara paling penting untuk seseorang atlet menjaga reputasinya atau untuk memecah rekod. Seseorang atlet perlulah berusaha untuk menseimbangkan kadar fisiologi tubuhnya pada setiap hari untuk mendapatkan tenaga yang cukup. Jadi, makanan penyumbang tenaga seperti karbohidrat kompleks (roti gandum, serat, pasta, nasi, jagung, ubi kentang dan kacang hijau) sangat penting untuk tubuh badan kita. Manakala, sumber karbohidrat sederhana (minuman berglukosa, sukrosa atau fruktosa) pula diambil untuk mendapat tenaga segera semasa hari pertandingan.
Selain itu, nutrien yang cukup setiap hari yang diperlukan ialah makanan dari sumber protein ( telur, susu, keju, daging, ikan serta berbagai jenis kacang), vitamin (vitamin A, B6 ,B12, iaitu dari sumber susu, keju, ikan dan telur serta vitamin c dan E iaitu buah-buahan, minyak zaitun atau minyak kelapa) dan mineral (natrium, kalium, klorida, kalsium dan zat besi iaitu daging, ikan, roti, buah-buahan serta sayuran) diperlukan oleh tubuh untuk kekal sihat dan memulihkan tisu2 yang rosak. Pemilihan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna cerah juga sangat penting kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi.



JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....