Isnin, 20 Februari 2012
KEBAIKAN HADIR MAJLIS ILMU
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki
para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa
memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis
yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di
mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah
memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan
langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.
Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka: “Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.
Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:“Apakah yang mereka pohonkan.?” Para Malaikat menjawab:“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?” Para Malaikat menjawab:“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?” Malaikat berkata lagi:“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman:“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?” Malaikat menjawab:“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?” Malaikat menjawab:“Belum.”
Allah berfirman:“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.” Malaikat terus berkata:“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada
mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala
kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang
hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk
menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa
ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di
majlis itu.”
Allah berfirman:“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan