Jumaat, 3 Februari 2012

KENAPA ALLAH UJI HAMBANYA

Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 214 yang bermaksud:-
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
Inilah jawapan dari Allah mengapa kita diuji. Muhasabah kembali diri. Kita belum lagi sampai tahap ujian seperti para sahabat nabi yang mulia. Mengapa? Kerana iman kita ini yang terlalu jauh jika dibandingkan dengan mereka. Lalu, adakah kita menyangka kita akan mendapat syurga?, bak kata ustaz wan semasa sesi usrah pada 8hb di Pusat Islam, setiap orang diuji dengan tahap keimanan yang setanding dengan apa yang Allah s.w.t nak uji kita. Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan firman Allah s.w.t dalam setiap persoalan yang pernah kita fikirkan.
Kenapa aku diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan; “Kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Kenapa ujian seberat ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Rasa frust?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139)
Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuagan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kami kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Surah Al-Imran ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah ayat 45)
Kepada siapa aku berharap?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah ayat 129)
Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
 “…..dan janglah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Surah Yusuf ayat 12)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....