Sabtu, 26 Jun 2010

qeja aku masa cuti....

Jahit tirai! wakakakaka... almost 2weeks qeja aku duk kat mesin jahit ja... utk ruang tamu.. ada lg tu set dia...dah la besaq..naik jemu aku..dah mak aku suruh, buat je la...pastu upahnya, aku mintak pau bayarkan broadband...hahahaha..sebenarnya xnak pau pun tp pokai lak sbb baki cuti yg lain aku byk p jalan2 n shopping...hihihihi..terlajak budget..

Ni yg dlm bilik.. mula tu aku berangan nak wat utk bilik aku ja..tetiba lak silap beli kain kale ijau..dinding bilik aku tu kale ijau..dah lama tak balik..lupa..hahahha..so, jadi la yg kale hijau oren ni utk bilik abg aku..aku punya beli lain..beli kale pink..kain murah je sbb dah pokai..hehehe...

Jumaat, 25 Jun 2010

p0k0k b0gak ayah aku.....


al kisahnya.... ayah aku jual pokok??? Rm800...??? byk lg aku nak citer kat korang... sbnrnya, ayah aku nie.. tukang kebun sekolah pencen.. mmg dah jd hobi ayah tanam pokok di sekeliling rumah.. macam2 ada.. pokok cinai, pokok bunga kertas yg daun kale hijau putih tue, pokok sedap malam, pokok2 keladi hiasan, etc.. saja ja tanam xda niat nak jual pun...
1hari ada sorg cina dtg umah tanyakan pokok bogak tu.... dia mintak, rm100 je.. ayah aku call member dia tanya harga pasaran, kwn ayah ckp, orang jual pokok ada yg mencecah puluhan ribu ringgit.. kwn ayah aku cdgkan jual, rm1500.. wuoh...terkejut cina tu.. last2 kecek2, ayah aku jual yg besar rm500, yg kecik rm300.. boleh la tu harga kampong...

Sabtu, 22 Mei 2010

Panduan solat Jama' dan Qasar...

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer atau 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat
Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar
dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang
afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan
sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
(Sumber : http://www.e-solat.gov.my/)

Selasa, 18 Mei 2010

Al-Quran pemberi syafaat....

Berpandukan amalan para sahabat dan juga salaf al-Salih di atas, segolongan ulama’ ada juga menyatakan bahawa hak seseorang individu (mengkhatamkan al-Quran) terhadap dirinya sendiri adalah sebanyak dua kali pada setiap tahun!Malah jika dibandingkan dengan golongan terdahulu, hitungan sebanyak dua kali setahun sebenarnya bukanlah jumlah yang terlalu mustahil untuk kita lakukan!…
(dipetik dari : http://equranic.com/khatam-al-quran/)

Kalau nak tau byk lg, baca la kat blog tu... dr pembacaan aku, ada org sarankan, baca quran lepas tiap2 solat fardhu 4 1/2 mukasurat.. sahabat nabi, ada yg khatam 3 atau 4kali dlm 1mlm! wow, hebat betul! kita? brapa kali? kalau tak baca 1patah pun, mcmana nak khatam? kalau tak slalu baca, al-Quran ni nt akan dtg temankan kita dlm kubur ke? pk sendiri la ye...

aku ckp terus terang, aku xda la mahir sgt baca ayat2 suci ni especially dr segi tajwid.. tp, aku baca je, bukan tak pandai langsung! kalau takleh baca perfect, nak watcamna.. takkan xnak baca langsung..bila baca slalu lama2 mahir la.. tajwid tu blajar pelan2... nyesal pulak dulu masa sekolah ponteng kelas tajwid.. pastu, aku gi klas tajwid kat u, tak pandai2 jgk.. taranum tu lg la tak tahu.. bestnya kalau pandai..

sejak aku mula amalkan baca quran tiap2 hari sekurang2nya 2mukasurat quran kecik, aku rasa hidup aku lebih teratur..urusan aku bagai dipermudahkan je..hati pun tenang, sejuk je rasa..semoga Tuhan akan tetapkan hati aku utk terus mengamalkan bacaan al-Quran ni sampai akhir hayat aku...amin... Semoga Tuhan tetapkan hati2 korang semua juga supaya slalu mengamalkan bacaan ayat2 suci ini sepanjang waktu..inilah saja teman kita nanti di akhirat selain amalan kita di dunia....ingat, dunia hanya sementara, akhirat selamanya....moga kita tergolong di dalam org2 yg berjaya....amin ya rabbal'alamin.....

Ahad, 16 Mei 2010

selamat Hari Guru Buat Semua Guru di Malaysia


Sesungguhnya... aku sangat banGGa menjadi seorang GURU di Malaysia!!!!!!

Jumaat, 14 Mei 2010

bZz sebelum cuti...

skrg ni mggu exam... next week abih, terus nak analisis.. bermacam2 anallisis.. analisis item setiap subjek n klas, analisis klas, analisis macs, analisis sap.. buku rekod lg.. ulasan plbs utk lisan lg.. kira nilam lg.. semua mesti siap sebelum 21mei ni paling lewat 24mei... tp bz2 pun piala thomas tgk jgk.. kalah pun takpe la.. nak buat mcmana, xda rezki thn ni... skuad malaysia mmg dah usaha dah..

heheheh.. bila ingat cuti, best gila.. cuti gawai 3minggu... mak n ayah sudi dtg kapit lak.. bestnya.. tak sabar nak bawak mak n ayah jalan2 kat sibu n kapit.. 3 4 hari sj pun takpe la.. janji sudi gak jejak kaki kat tempat aku menapak ni.. pejam celik pejam celik.. skrg dah hampir 3 tahun aku kat sini...

Isnin, 10 Mei 2010

Selamat Hari Ibu....





sElAmAt HaRi IBU, mak...

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....