Sabtu, 22 Mei 2010

Panduan solat Jama' dan Qasar...

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer atau 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
2.0 Solat Jama'
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat
Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar
dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang
afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan
sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
(Sumber : http://www.e-solat.gov.my/)

Selasa, 18 Mei 2010

Al-Quran pemberi syafaat....

Berpandukan amalan para sahabat dan juga salaf al-Salih di atas, segolongan ulama’ ada juga menyatakan bahawa hak seseorang individu (mengkhatamkan al-Quran) terhadap dirinya sendiri adalah sebanyak dua kali pada setiap tahun!Malah jika dibandingkan dengan golongan terdahulu, hitungan sebanyak dua kali setahun sebenarnya bukanlah jumlah yang terlalu mustahil untuk kita lakukan!…
(dipetik dari : http://equranic.com/khatam-al-quran/)

Kalau nak tau byk lg, baca la kat blog tu... dr pembacaan aku, ada org sarankan, baca quran lepas tiap2 solat fardhu 4 1/2 mukasurat.. sahabat nabi, ada yg khatam 3 atau 4kali dlm 1mlm! wow, hebat betul! kita? brapa kali? kalau tak baca 1patah pun, mcmana nak khatam? kalau tak slalu baca, al-Quran ni nt akan dtg temankan kita dlm kubur ke? pk sendiri la ye...

aku ckp terus terang, aku xda la mahir sgt baca ayat2 suci ni especially dr segi tajwid.. tp, aku baca je, bukan tak pandai langsung! kalau takleh baca perfect, nak watcamna.. takkan xnak baca langsung..bila baca slalu lama2 mahir la.. tajwid tu blajar pelan2... nyesal pulak dulu masa sekolah ponteng kelas tajwid.. pastu, aku gi klas tajwid kat u, tak pandai2 jgk.. taranum tu lg la tak tahu.. bestnya kalau pandai..

sejak aku mula amalkan baca quran tiap2 hari sekurang2nya 2mukasurat quran kecik, aku rasa hidup aku lebih teratur..urusan aku bagai dipermudahkan je..hati pun tenang, sejuk je rasa..semoga Tuhan akan tetapkan hati aku utk terus mengamalkan bacaan al-Quran ni sampai akhir hayat aku...amin... Semoga Tuhan tetapkan hati2 korang semua juga supaya slalu mengamalkan bacaan ayat2 suci ini sepanjang waktu..inilah saja teman kita nanti di akhirat selain amalan kita di dunia....ingat, dunia hanya sementara, akhirat selamanya....moga kita tergolong di dalam org2 yg berjaya....amin ya rabbal'alamin.....

Ahad, 16 Mei 2010

selamat Hari Guru Buat Semua Guru di Malaysia


Sesungguhnya... aku sangat banGGa menjadi seorang GURU di Malaysia!!!!!!

Jumaat, 14 Mei 2010

bZz sebelum cuti...

skrg ni mggu exam... next week abih, terus nak analisis.. bermacam2 anallisis.. analisis item setiap subjek n klas, analisis klas, analisis macs, analisis sap.. buku rekod lg.. ulasan plbs utk lisan lg.. kira nilam lg.. semua mesti siap sebelum 21mei ni paling lewat 24mei... tp bz2 pun piala thomas tgk jgk.. kalah pun takpe la.. nak buat mcmana, xda rezki thn ni... skuad malaysia mmg dah usaha dah..

heheheh.. bila ingat cuti, best gila.. cuti gawai 3minggu... mak n ayah sudi dtg kapit lak.. bestnya.. tak sabar nak bawak mak n ayah jalan2 kat sibu n kapit.. 3 4 hari sj pun takpe la.. janji sudi gak jejak kaki kat tempat aku menapak ni.. pejam celik pejam celik.. skrg dah hampir 3 tahun aku kat sini...

Isnin, 10 Mei 2010

Selamat Hari Ibu....





sElAmAt HaRi IBU, mak...

Ahad, 9 Mei 2010

selera donut...


ni yg versi coklat yg betul2 coklat.. sedap nih.. aku suka sangat.. bila letak coklat putih, rasa mcm letak gula biasa ja.. bila letak coklat ni, rasa mcm makan ais krim coklat pun ada.. mcm makan wafer coklat pun ada.. mcm makan NiNi coklat celup tu pun ada..heheheh

sama ja resepinya mcm yg aku bagi dulu cuma bezanya letak coklat hitam ni pulak..
aku slalu buat 1/4 daripada sukatan resepi tu ja.. sbb 1kg tepung tu byk.. 1/4 ni pun bley dpt dlm 15 -18 biji..

Jumaat, 7 Mei 2010

Everything will be okay if you start think positive...

aku anggap blog ni diary aku n xksah la if ada yg nak baca n komen.. kdg2 kita xsedar pun tindakan kita salah..

pagi td, ingatan aku 4 5 tahun yg lalu tiba2 bermain2 n melayang2.. aku konfius pun ada.. makcik tu gila atau salah faham dgn aku??? apa pun ia buat aku serik utk jln sorg2 kat blakang sungai dkt pekan rabu alor star tu lg..

ptg ni, jumpa dgn org gila lg.. 'gila racing'.. remaja, biasa la tp in bad manners, itu kebiasaan yg perlu dibendung.. ni la antara punca kemalangan jalan raya yg utama di Malaysia!!!

with bad moods kdg2 apa yg kita nampak mungkin cuma salah org.. tp bila kita cuba keep thinking in positive ways, sakit hati akan mula hilang n bahagia akan mula muncul.. mcm mlm ni..

aku sbnrnya xda la lapar sgt.. tp rasa nak sgt org layan aku..so aku ajak housemate kuar mkn.. n diorg ikut.. sonok rasanya mcm ni slalu tp bila kat sana, diorg xmkn pun.. minum ja.. aku ja mkn.. kalau ikutkan, xbest mcm tu.. tp bila ikutkan sgt hati ni, mcm mak nenek la pulak, cerewet xtentu pasal.. org lain pun nak privacy jugak.. ingat nak balas, bila temankan diorg nt, xnak mkn jugak..heheh.. tp bl pk2 balik, xbaik pulak camtu.. biar je la.. diorg kenyang sgt kot... but, anyway, thanks a lot for the dinner tonight.. =)

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....