Isnin, 26 Mac 2012

20 PERKARA JANGAN


Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH


1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal, kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat
6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan
7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan
8.Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa
10.Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya
11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa
12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.
14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Ahad, 25 Mac 2012

KHAZANAH PASAR TERESANG, KAPIT


Ni la barang-barang kraftangan dari manik..orang iban memang suka wat hasil2 kerja mcm ni..cantik..harga pun cantik gak..hahaha
kerajinan mereka wat aku kagum..orang iban juga sangat rajin bercucuk tanam..mula2 kawasan tu nampak mcm hutan ja..pastu pas beberapa hari n minggu kawasan tu akan cerah ditebas n dibakar tanda dibersihkan..tunggu lagi beberapa minggu, nampak la anak2 pokok sayur mula tumbuh..tanah curam atas bukit mcmana pun diorg boleh usahakan..bagus betul.. 
Insyaallah lain kali aku ambik gambar lain lak buh sini ya..

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nama penuh **>
MUHAMMAD BIN 'ABDULLAH BIN 'ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM

Nama ayah**>
'ABDULLAH BIN 'ABDUL MUTTALIB BIN HASHIM

Nama ibu**>
AMINAH BINTI WAHAB BIN 'ABDUL MANAF

Tempat lahir**>
DI RUMAH ABU TALIB, MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Tarikh lahir**>
SUBUH ISNIN, 12 RABI'ULAWAL TAHUN 11H / 20 APRIL 571M (DIKENALI SEBAGAI TAHUN GAJAH, SEMPENA PERISTIWA TENTERA BERGAJAH ABRAHAH YANG MENYERANG KOTA KA'ABAH)

Tarikh kewafatan**>
HARI ISNIN, 12 RABI'ULAWAL TAHUN 11H / 8 JUN 632M

Tempat wafat**>
MADINAH AL-MUNAWWARAH

Usia**>
63 TAHUN

Nama isteri-isteri**>
1. KHADIJAH BINTI KHUWAILID
2. SAUDAH BINTI ZAM'AH
3.'AISHAH BINTI ABU BAKAR (ANAK SAIDINA ABU BAKAR)
4. HAFSAH BINTI 'UMAR (ANAK SAIDINA 'UMAR BIN AL-KHATTAB)
5. UMMI HABIBAH BINTI ABU SUFYAN
6. HINDUN BINTI UMAIYAH (DIGELAR UMMI SALAMAH)
7. ZAINAB BINTI JAHSY
8. MAIMUNAH BINTI HARITH
9. SAFIYAH BINTI HUYAI BIN AKHTAB
10. ZAINAB BINTI KHUZAIMAH (DIGELAR 'UMMU AL-MASAKIN', IBU ORANG MISKIN)

Nama anak**>
1. QASIM
2. ABDULLAH
3. IBRAHIM
4. ZAINAB
5. RUQAIYAH
6. UMMI KALTHUM
7. FATIMAH AL-ZAHRA'

Bentuk fizikal**>
BAGINDA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG TEGAP, KETINGGIAN SEDERHANA TIDAK TERLALU TINGGI DAN TIDAK PULA TERLALU RENDAH. bAGINDA BERKULIT PUTIH KEMERAH-MERAHAN. WAJAHNYA TAMPAN, RAMBUT NABI S.A.W TIDAK TERLALU KERINTING TETAPI TIDAK PULA LURUS, RAMBUTNYA IKAL DAN MENCECAH BAHU. KATA-KATA BAGINDA LEMBUT TETAPI BERNADA TEGAS. BAGINDA MEMILIKI BOLA MATA YANG HITAM PEKAT, BULU MATA YANG LENTIK, SERTA BAHU YANG LEBAR DAN TIDAK BERBULU. DADA BAGINDA BERBULU, TELAPAK TANGAN DAN KAKI BAGINDA TEBAL. KETIKA BERJALAN, BAGINDA SEAKAN-AKAN BERJALAN MENURUNI JALAN YANG TINGGI. KETIKA MENOLEH, BAGINDA MENOLEH (BERBALIK) DENGAN SELURUH BADAN. DIANTARA KEDUA BAHU BAGINDA TERDAPAT TANDA KENABIAN.

Warna kegemaran**>
HIJAU, MERAH DAN PUTIH

Makanan kegemaran**>
BALI, KURMA, BUAH TIN DAN BUAH ANGGUR

Sukan**>
MENUNGGANG KUDA, MEMANAH DAN BERENANG

Peperangan yang disertai nabi**>
1. BADAR (SURAH AL-ANFAL)
2. UHUD (SURAH AL-IMRAN)
3. BANI NADHIR (SURAH AL-HASYR)
4. KHANDAK (SURAH AL-AHZAB)
5. BANI QURAZHAH (SURAH AL-AHZAB)
6. KHAIBAR (SURAH AL-AHZAB DAN AL-FATH)
7. FATH MAKKAH (SURAH AN-NASR)
8. HUDAIBIYYAH (SURAH AL-FATH)
9. TABUK (SURAH AT-TAUBAH)


"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah sangat keras hukum-Nya."
Surah Al-Hasyr (59) : Ayat 7

DIET RASULULLAH...

**>Jangan makan :
susu + daging
daging + ikan
ikan + susu
ayam + susu
telur + ikan
ikan + daun salad
susu + cuka
buah + susu 

**>Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia & kolesterol dalam badan berganda

**>Jangan makan buah selepas makan nasi

**>Tidur 1 jam lepas makan tengah hari


# sumber : rakan facebook..
wallahu'alam

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....