COTTON CHEESE CAKE ...
BAHAN:
Bahan A
250 g cream cheese
300 ml susu segar
50 g butter
Secubit garam
Satu sudu besar jus lemon
Bahan B
6 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
100 g tepung naik sendiri (1 cawan) - diayak
< jika anda guna tepung gandum, ayak bersama 1/4 sudu besar serbuk penaik >
Sedikit esen vanilla
Bahan C
6 biji putih telur
125 g gula halus ( 3/5 cawan)
Secubit garam
1 sudu teh cream of tartar (optional)
CARA MEMBUAT:
1 - Masak bahan A menggunakan teknik double boiler. Biarkan sejuk seketika.
2 - Dalam bekas berasingan, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan bahan A tadi + esen vanilla dan pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi hingga sebati.
3 - Dalam bekas berasingan, pukul putih telur sampai kembang ( Nampak buih2 putih pekat). Masukkan garam dan cream of tartar dan pukul lagi.
4 - Masukkan gula satu sudu besar dan pukul lagi. Masukkan lagi gula satu sudu besar dan pukul lagi. Ulang langkah ini sehingga gula habis. Pukul putih telur sampai gula betul-betul larut dan tidak berketul apabila dirasa dengan jari. Pukul adunan sampai menjadi putih dan pekat sampai xmeleleh pun bila bekas diterbalikkan.
that egg white should be like this
5 - Kaup balikkan bahan C dengan campuran kuning telur, tepung dan bahan A tadi. Kaup balik perlahan supaya kepekatan putih telur tidak rosak.
6 - Bakar menggunakan teknik water bath selama satu jam. Suhu oven 170°C (20 minit) dan turunkan suhu kepada 140° C (40 minit).
teknik water bath
Lapikkan kertas aluminium di atas kek sekiranya permukaan atas kek menjadi terlau cepat perang.
7 - Cucuk toothpick ditengah kek untuk pastikan kek masak. Kalau keluar bersih, maknanya dah masak.
Sumber : aftermyredpen.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan