Khamis, 18 Ogos 2011

KENALI DAN CINTAI SIFAT RASULULLAH S.A.W................


Kata Hassan, “Maka aku tanyakan tentang keadaannya
apabila baginda sedang berada di tengah-tengah sahabatnya”.
Jawabnya, “Rasulullah SAW sentiasa periang (gembira),
budi pekertinya baik, sentiasa ramah-tamah,
tidak kasar mahupun bengis terhadap seseorang,
tidak suka berteriak-teriak,
tidak suka perbuatan yang keji,
tidak suka mencaci,
tidak suka bergurau (olok-olok),
selalu melupakan apa yang tidak disukai,

dan tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta.”
Baginda meninggalkan tiga macam perbuatan iaitu :
·        Baginda tidak mahu mencela atau menjelek seseorang,
·        Baginda tidak pernah mencari-cari kesalahan seseorang,
Baginda tidak akan berbicara kecuali yang baik sahaja (yang berfaedah).    
Apabila baginda berjalan, derapan kakinya itu terangkat tinggi seolah-olah air sedang jatuh (jalannya ringan, kakinya terangkat, tetapi tidak seperti jalannya orang yang sombong), jalannya tunduk dan menunjukkan kehebatan, apabila berjalan, maka jalannya agak cepat bagaikan dia turun dari tempat yang tinggi, apabila menoleh, baginda menolehkan seluruh badannya, matanya selalu tertunduk ke bawah, dan pandangannya sentiasa memperhatikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, selalu berjalan dengan para sahabatnya, dan selalu memulai salam apabila baginda berjumpa dengan sesiapa pun. 
“Kebiasaannya rasulullah tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir, tidak pernah menguasai tempat duduk dan baginda melarang seseorang untuk menguasai tempat duduk, apabila baginda sampai di tempat orang sedang berkumpul, maka baginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempat duduknya) dan baginda juga menyuruh berbuat seperti itu. Baginda selalu memberikan kepuasan bagi sesiapa sahaja yang duduk bersama baginda, sehingga jangan sampai ada orang yang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh baginda lebih darinya. Apabila ada yang duduk di majlisnya, baginda selalu bersabar sehingga orang itu yang akan bangkit terlebih dahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya).”

Diamnya rasulullah terbahagi dalam empat keadaan :
·        diam kerana berlaku santun,
·        diam kerana selalu berhati-hati,
·        diam untuk mempertimbangkan sesuatu,
diam kerana sedang berfikir
“Apabila baginda sedang memberikan isyarat (menunjuk), maka baginda mengisyaratkan dengan seluruh telapak tangannya, apabila sedang takjub pada sesuatu maka baginda balikkan telapak tangannya, apabila baginda sedang berbicara maka sering baginda memukul telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, apabila sedang marah maka baginda sering berpaling. Apabila sedang bergembira, baginda sering tersenyum (ketawa), apabila tertawa baginda sentiasa senyum sahaja, dan senyumannya itu serupa dengan embun dingin.”
“Keadaan peribadi rasulullah SAW itu biasanya tampak selalu kelihatan seolah-olah selalu berfikir, tidak pernah mengecap istirehat walau sedikit pun, tidak berbicara kecuali hanya apabila perlu, sentiasa diam, selalu memulai berbicara dan menutupnya dengan sepenuh mulutnya (jelas), apabila sedang berbicara baginda selalu memakai kalimat-kalimat yang banyak ertinya (bijaksana), pembicaraannya itu jelas tanpa berlebihan ataupun kurang, lemah lembut budi pekertinya, tidak kasar, tetapi bukannya rendah, selalu mengagungkan nikmat Allah SWT walaupun yang sekecil-kecilnya dan tidak pernah mencelaNya sedikit pun.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JADUAL GAJI 2012

JADUAL GAJI 2012

Jom main sudoku....